Salam Maal Hijrah

Setiap kali kita menyambut maal hijrah, sudah pasti kita akan terkenangkan peristiwa penghijrahan nabi s.a.w dan umat Islam waktu itu dari kota mekah ke yathrib (madinah). Penghijrahan ini bukanlah bermaksud takut atau ingin lari daripada ancaman, kezaliman dan penindasan pembesar serta kerajaan musyrikin, tetapi sebagai satu strategi untuk memperjuangkan Islam dalam skop yang lebih luas melalui pembentukan negara Islam di madinah.

hijrah

Jadi, sebenarnya saudara penghijrahan nabi s.a.w adalah dengan matlamat mahu menegakkan sebuah Daulah Islamiyah [negara yang didalamnya diamalkan prinsip & nilai Islam]. Tidakkah Islam ini merupakan agama rahmat bagi seluruh alam? Maka langkah pembentukan kerajaan Islam amatlah wajar untuk memastikan kesyumulan Islam yang komprehensif dan universal sifatnya mampu diterjemahkan melalui pemerintahan. Sebab itu, Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh Daulah menjelaskan hubungkait Islam dengan politik. Jika dipisahkan keduanya, Islam ini tak jadi Islam mungkin jadi seperti agama lain. Mustahil untuk dilaksanakan Islam secara menyeluruh tanpa sebarang kuasa pemerintahan.

Apabila Islam memerintah, sudah pasti seluruh isi alam akan merasai impak rahmat tersebut melalui prinsip dan dasar Islam yang adil, amanah, telus, perihatin dan berkebajikan. Pengaplikasian syariah Islam dalam pemerintahan pula akan menjamin akidah, harta, keturunan, akal dan jiwa manusia daripada dicerobohi. Kesemuanya ini telah pun dibuktikan oleh nabi s.a.w ketika menerajui kepimpinan dan pemerintahan di Madinah.

unitedummah1

Apa yang boleh kita contohi ialah sikap muhajirin yang sanggup berkorban meninggalkan tanah air, keselesaan dan harta benda mereka semata-mata untuk menyahut seruan illahi untuk berhijrah (untuk daulah Islamiyah). Bukan mudah sebenarnya untuk kita meninggalkan kesemuanya itu dan berhijrah sehelai sepinggang tanpa ada kesungguhan yang mendalam. Maka hijrah kita dalam konteks hari ini memerlukan kesungguhan seperti itu bagi memacu perubahan dunia dengan membawa harapan baru bersama Islam. Ayuh saudara, bersama kita mendaulatkan Islam supaya memerintah bukannya diperintah.

Jayakan revolusi bumi hijau

Mutakhir ini, dunia sedang berhadapan dengan kemelesetan dan kegawatan ekonomi global. Menurut apa yang aku baca, masalah ekonomi hari ini boleh dikatakan lebih teruk berbanding kegawatan pada tahun 1997-98. Jika pada tahun 97-98 boleh diibaratkan sebagai seorang anak yang sakit, tetapi kegawatan kali ini seperti seorang bapa yang sakit.

Dalam menghadapi kegawatan ini, Amerika telah mengumumkan suntikan dana sebanyak 700 billion Dollar amerika bagi membantu bank-bank yang berkemungkinan akan jatuh muflis. Perkara sama juga dilakukan oleh Britain dengan meluluskan dana sebanyak 500 billion pound.

13076775

Inilah reality yang berlaku, sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan di kebanyakan negara memperlihatkan kegagalan dan keruntuhannya. Sebelum ini, budaya penindasan ekonomi puak kapitalis sudah jelas kelihatan. Sebagai contoh, kewujudan WTO dan Bank Dunia yang diasaskan oleh kuasa imperial amerika menganjurkan pasaran terbuka tanpa had dengan dibuka seluas-luasnya untuk golongan pemodal. Peraturan dan syarat yang tak beri keuntungan kepada pemodal akan dihapuskan. Banyak peraturan urus niaga yang melindungi kepentingan negara-negara kecil juga telah dilupuskan atas nasihat mereka. Apa yang akan berlaku ialah golongan pemodal kaya ini akan terus menguasai pasaran sedangkan pengusaha tempatan akan tersisih kerana tidak berupaya bersaing. Lebih malang lagi apabila negara-negara dunia ketiga tidak dapat bertahan dengan dasar penswastaan yang dipaksakan ke atas mereka oleh 2 lembaga tersebut.

anticapitalist2

Saudara, dunia kapitalis yang berlandaskan riba dan pelbagai bentuk penindasan kini berhadapan dengan penolakan penduduk dunia yang tidak mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Akibatnya, nilai dolar mengalami kejatuhan. Sebagai jalan pintas, Rezab Persekutuan, iaitu sebuah agensi swasta yang berhak mencetak dolar di Amerika terus mencetak wang dolar untuk dijadikan bahan eksport utama negara tersebut. Maka, berlakulah lambakan dolar di pasaran dunia. Secara teorinya, apabila wang berlambak, sudah tentu nilai wangnya akan jatuh. Jadi, puak kapitalis ini bertindak untuk memaksakan jual-beli minyak terus dengan nilai dolar bagi memastikan dolar terus diguna pakai. Sedangkan, Iran dan Russia telah pun beralih kepada Euro dalam hal jual-beli minyak ini. Peralihan ini sebenarnya membantu kemerosotan nilai dolar.

financial-photo-j0315542

Sekarang, krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai di negara kita tidak lama lagi. Negara-negara amerika utara dan Eropah akan mengurangkan permintaan. Apa Kesannya? Ia akan menyebabkan pengeluaran kilang kita akan berkurang dan menghadapi ancaman untuk ditutup. Bila ditutup, akan meningkatkan pula kadar pengangguran.

ist2_279137_money_mind

Kita sudah tidak ada pilihan lain selain memanfaatkan kesuburan tanah air kita untuk menghadapi keadaan seperti ini. Ekonomi kita tidak boleh selamanya bergantung kepada industry pembuatan semata-mata. Kita harus menrencanakan satu dasar ekonomi baru yang memfokuskan kepada pembangunan sector pertanian secara menyeluruh. Ia perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan mentransformasikan minda rakyat bagi melibatkan mereka dalam sector ini. Segala kekangan yang menghambat kemajuan sector ini harus di atasi dengan segera.

Sekurang-kurangnya, dengan revolusi bumi hijau ini mampu sedikit sebanyak membantu rakyat negara kita menghadapi kemelesetan ekonomi dunia. Segala keperluan kita seperti beras, ikan, ayam, daging dan sayuran akan mencukupi dan tidak perlu lagi diimport dengan adanya usaha revolusi bumi hijau ini. Oleh hal demikian, aku dan rakan-rakan dari Fakulti Pertanian dan Bioteknologi UDM Insya-Allah akan terus komited dan berusaha untuk merealisasikan agenda revolusi ini. Boleh tak?

Takutmu pada siapa

Takut? Memang tidak dinafikan manusia secara fitrahnya memiliki sifat takut. Memang Allah yang mewujudkan rasa takut dalam diri manusia. Tapi rakan2 sekalian, apakah rasionalnya sifat takut ini pada diri manusia? Tidakah sifat takut ini sebenarnya mempamerkan kelemahan manusia itu sendiri?

notafraid

Dan kalau takut sekalipun, apakah takut kita telah dimanfaatkan kepada benda yang tidak sepatutnya kita takut? Orang melayu khususnya suka menjadikan hantu2 (bukan pengundi hantu) sebagai objek untuk menakutkan kanak2. Sehingga kanak2 itu membesar dalam satu persekitaran apabila disebut hantu, maka akan takutlah mereka. Inilah contoh penyelewengan perasaan takut kurniaan Allah yang kita gunakan ke arah yang lain. Allah ciptakan sifat takut untuk kita takut kepadaNya. Bukan takut akan pontianak, jenglot, pocong yang confirm 100% tak disebut dalam Al-Quran. Apa yang disebut dalam Al-Quran hanyalah kewujudan makhluk alam ghaib seperti malaikat, jin, iblis dan syaitan, yang lain pada tu tak de arr.

i_fear_allah_more_dont_live_in_fear_tshirt-p235066785748074367tdf9_210

Allah juga ciptakan rasa takut untuk kita takut pada kekuasaan dan kebesaranNya sebagai tuhan pemerintah seluruh alam. Bukan takut pada pemerintah, pemimpin yang zalim. Hinalah seseorang manusia itu kalau dia takut pada manusia lain dan lagi teruk kalau dia jadikan manusia itu sebagai tuhan. Sedangkan pada hakikatnya, Allah jadikan manusia itu mulia dengan membebaskan diri daripada sebarang bentuk penghambaan kepada perkara lain. Tapi kebanyakan manusia hari ni sanggup melacurkan maruah mereka semata-mata nak jaga pangkat, kedudukan, nak dapat tender projek dengan bertuhankan pemimpin yang zalim. Ketika nabi membacakan sepotong ayat Quran (Surah at-Taubah9: 31) berkenaan golongan yahudi dan nasrani yang menjadikan paderi dan rahib mereka sebagai tuhan. Lalu ada seorang yahudi menegur nabi dengan menyatakan tiada sebarang penyembahan kepada rahib dalam ajaran agama mereka. Nabi pun menjawab memang benar tiada, tetapi kamu dah jadikan rahib kamu sebagai tuhan apabila kamu mengiyakan penyelewengan rahib kamu yang mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram.

fearallah

Tiada maknanya kita takut pada benda dan perkara yang selain daripada Allah. Silap hari bulan bukan sahaja dapat dosa bahkan boleh jatuh syirik. Sebaliknya takutlah kita kepada Allah. Takut kepada Allah bererti kita bertakwa kepadaNya. Takut seperti ini akan mendorong kita melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Takut ini juga akan mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. Sekiranya rasa takut itu dilihat sebagai satu kelemahan, maka terimalah kerana bukankah kelemahan itu bertujuan untuk manusia mencari tuhanNya bagi memohon pertolongan di atas kelemahan diri sebagai hambaNya. Firman Allah s.w.t:

`tBur ÆìÏÜム©!$# ¼ã&s!qߙu‘ur |·øƒs†ur ©!$# Ïmø)­Gtƒur y7Í´¯»s9résù ãNèd tbrâ“ͬ!$xÿø9$# ÇÎËÈ

Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, Maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan.(surah an-nur 24:52)

Maka sandarkanlah rasa takut itu kepada kenyakinan kita kepadaNya. Insya Allah akan muncul keberanian dalam diri.

Takutilah kita akan perbuatan dosa dan maksiat seolah-olah kita takut kepada azab kubur dan nerakaNya. Bencilah pada dosa dan maksiat seolah-olah benci diri ini dihumban ke neraka. Jauhkanlah diri daripada maksiat sekiranya kita mahu jauh dari seksaanNya. Akhir sekali, takut itu bukan hendak disifarkan tetapi untuk dipandu ke mana seharusnya untuk kita berasa takut.

Ketuanan siapa?

Hai apa dah jadi ni…orang bukan melayu dah berani mempertikai hak ketuanan melayu. Timbalan presiden MCA, yakni dr chua soi lek menyatakan ketuanan melayu UMNO dah tak relevan. Aku rasa tahun ni saja dah banyak dr chua ni buat kejutan. Pertama, video ehemmm, kedua menang pemilihan MCA dan ketiga yang terbaru ni.

Itulah faedahnya kalau suka bermain dengan isu-isu perkauman. Bukankah dah terjamin hak keistimewaan melayu dalam kontrak sosial. Yang nak diungkit ni siapa suruh. Barangkali MCA dah tak sanggup terus ‘dibuli’ dengan konsep ketuanan melayu tajaan UMNO ni.

Bagi aku, sesiapa saja yang menjadi warganegara Malaysia yang sah adalah tuan kepada Negara ini (ketuanan rakyat) dan bertanggungjawab mempertahankan keharmoniannya. Jadi dah tak timbul siapa jadi tuan, siapa jadi hamba, siapa ‘1st class citizen’ atau siapa pula ‘2nd class citizen’.

Kalau kita menyelusuri sejarah, memang orang melayu penduduk asal Tanah Melayu. Kemudian, ketika proses nak menuntut kemerdekaan, orang melayu akhirnya menerima dasar jus soli yang memberi kerakyatan kepada orang cina dan india. Maka, sebagai imbalan, orang cina dan india perlu memperakui hak istimewa orang melayu, kedudukan islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja melayu. Jadi, bukankah sudah terjamin agenda dan kedudukan melayu di sisi perlembagaan.

Kalau kita benar-benar faham kontrak social ni, maka sebenarnya dah tak timbul sebarang pertikaian. Raja Muda Perak iaitu Raja Nazrin menyatakan bahawa tiada permasalahan terhadap peruntukan perlembagaan tetapi yang menjadi masalah ialah perlaksanaannya. Maka, perlaksanaan inilah seharusnya dipersoalkan. Mengapa?

Kita ambil contoh, dalam bab hak istimewa melayu ni, benarkah orang melayu terbela? Ketuanan melayu mana yang nak dipertahankan? Sedangkan yang menjerit siang malam tentang ketuanan melayu ini lah yang menyalahgunakan kepercayaan yang diberi. Puak-puak ni berselindung di sebalik kalimah ketuanan melayu.

hisham_keris

Tak terfikir ke kita, orang paling ramai miskin di Malaysia selepas 50 tahun merdeka masih lagi dijuarai oleh orang melayu. Ekuiti saham 30% yang kononya hendak diperjuangkan, setakat ni tak banyak yang berubah. Kalau tak termasuk agensi GLC, tak sampai pun 10% ekuiti bumiputera. Kalau nak dibincangkan apa pucanya mesti banyaklah. Antaranya ialah, hanya melayu yang terpilih sahaja menikmatinya. Sebagai contoh, melayu Kelantan masih didiskriminasi kerajaan pusat akibat berbeza fahaman politik, melayu Terengganu dinafikan hak royalty apabila memenangkan pembangkang pada satu ketika dahulu, kontrak kerajaan hanya berlegar di kalangan individu tertentu dan inilah reality yang berlaku depan mata kita kan. Perkara ini perlu diperbetulkan dan jika tidak, akan lebih ramai orang akan terus mempersoalkan hak tersebut.

6a00d8341c4e6153ef00e55188c0f88833-800wi

Aku tak nafikan memang tidak ada hak istimewa dalam Islam. Bagi Islam, semua manusia adalah sama untuk mendapat hak-haknya untuk hidup. Keadilan harus diberikan kepada semua tanpa mengira warna kulit, agama dan fahaman politik. Dalam konteks Malaysia, kita boleh anggap hak istimewa ini sebagai mekanisma bagi meningkatkan keupayaan orang melayu untuk bersaing dengan kaum lain khususnya dalam bidang pendidikan serta ekonomi. Orang melayu juga tak boleh selamanya bertongkat dengan hak tersbut tanpa berusaha sendiri bagi mengubah taraf hidup mereka. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga kaum itu berusaha mengubah nasibnya. Dalam masa yang sama juga jangan pula kita nafikan hak orang cina dan india yang miskin atau yang cemerlang dalam pendidikan daripada mendapat pembelaan. Ingatlah, kita mesti memberi dan menghulurkan bantuan dan pembelaan terhadap mereka yang benar-benar layak dan memerlukan, tak gitu eh!

Nilai Korban

Ibadah korban akan mengingatkan kita tentang dua peristiwa pengorbanan yang dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran iaitu perihal pengorbanan dua putera nabi Adam a.s dan yang satu lagi tentang pengorbanan nabi Ibrahim a.s dengan putera kesayangannya iaitu nabi Ismail a.s.

Berkenaan dengan pengorbanan dua putera nabi Adam a.s, kawan-kawan boleh rujuk dalam surah maidah ayat 27-29. Dalam Tafsir Ibnu Kathirtelah menceritakan bahawa nabi Adam a.s telah dianugerahkan mendapat dua kali anak kembar lelaki dan perempuan. Apabila keempat-empat anaknya dewasa, nabi adam a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mengahwinkan anak-anaknya dengan cara, kembar perempuan bagi Habil dikahwinkan dengan Qabil manakala kembar perempuan bagi Qabil dikahwinkan dengan Habil pula.

Walaubagaimanapun, Qabil menolak kaedah itu kerana mengikut riwayat Ibnu Abbas, kembar perempuan bagi Habil kurang cantik dan mahukan kembar perempuannya yang lebih cantik. Untuk itu, Allah s.w.t telah memerintahkan supaya kedua-duanya berkorban. Apabila kedua-duanya berkorban, Allah s.w.t hanya menerima korban si Habil bukannya si Qabil. Ini kerana, korban si Habil adalah seekor kambing dan dia lakukan dengan hati yang ikhlas dan bertakwa kepada Allah s.w.t sedangkan Qabil berkorban dalam keadaan menentang perintah Allah s.w.t. Ini bermakna tidak semua pengorbanan yang dilaksanakan akan diterima oleh Allah s.w.t. Ada cara dan syaratnya supaya ia boleh diterima sebagai berkorban kerana Allah.

korban2jz9

Peristiwa pengorbanan yang kedua dalam sejarah Islam boleh dilihat dalam surah As-saffat bermula dari ayat 101-111. Dalam ayat-ayat ini menceritakan bagaimana ketaatan nabi Allah Ibrahim a.s menunaikan perintah Allah untuk menyembelih satu-satunya anak kesayangannya waktu itu iaitu nabi Ismail a.s. Setelahnabi Ismail dikhabarkan tentang perintah tersebut, dia hanya menerimanya dengan penuh ketaatan kerana perintah itu datangnya dari Allah s.w.t. Walaubagaimanapun, Allah s.w.t telah menukarkan pengorbanan itu dengan seekor kibasy.

Demikianlah rakaman peristiwa kisah pengorbanan yang dituntut dan yang diterima oleh Allah s.w.t. Mesej jelas dalam kedua-dua kisah ini adalah nilai ketaatan yang membawa kepada ketakwaan dan nilai keikhlasan dalam sesebuah pengorbanan. Jadi, apa makna sesebuah pengorbanan seandainya tidak disertai dengan rasa ketakwaan dan keikhlasan semata-mata kerana Allah s.w.t kerana kedua-dua nilai inilah yang menjadi kunci utama kejayaan dalam apa sahaja yang kita usahakan.

Haji: Demonstrasi Antarabangsa Umat Islam

Ibadah haji seperti mana yang kita tahu merupakan salah satu rukun Islam yang menjadi simbolik terhadap perjuangan untuk menegakkan serta memepertahankan agama Allah di muka bumi. Ini dapat difahami melalui penghayatan terhadap falsafah di sebalik ibadah-ibadah yang diperintahkan.

ka__bah

Seorang ahli sosiologi Iran, Ali Shariati yang merupakan antara individu yang memperkenalkan konsep rausyanfikir terhadap golongan mahasiswa di Iran, menjelaskan bahawa sepatutnya ibadah haji mampu membina dan membangkitkan kekuatan umat Islam dalam mengembalikan kegemilangan dan kedaulatan agama Allah s.w.t di muka bumi. Sejak itu, umat Islam mula sedar dan mengaitkan perhimpunan jemaah haji di Tanah Suci sebagai Demonstrasi Antarabangsa umat Islam dari pelusuk dunia, yang secara jelas menyatakan ketauhidan Allah s.w.t sebagai Tuhan empunya sekalian alam.

Sejarah di kepulauan melayu khususnya di Indonesia telah mencatatkan bagaimana seorang orientalis barat iaitu Snouck Hurgronje pernah menyamar sebagai seorang Islam untuk mengkaji ibadah haji dalam membina kekuatan umat Islam. Hasilnya, beliau mencadangkan supaya ulama dan ibadah haji perlu dipisahkan daripada masyarakat sekiranya pihak penjajah Belanda yang menjajah Indonesia waktu itu ingin mengalahkan kekuatan Islam khususnya di Acheh.

Oleh itu umat Islam harus melihat ibadah haji ini bukan hanya dari konteks ibadat semata-mata. Sebaliknya ibadah haji mestilah dilihat dalam skop yang lebih luas untuk diartikulasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim berdasarkan penghayatan makna dan falsafahnya. Seandainya sudah menunaikan haji tetapi masih hendak menafikan akan kebenaran segala hukum dan syariat Islam serta sombong dengan tidak mahu menyumbang bakti dalam perjuangan Islam, maka apakah haji itu benar-benar haji mabrur (yang diterima) atau sebaliknya mendapat haji mardud (yang ditolak)?

Kenapa Cangkulhijau?

Cangkul…apalah yang ada pada sebatang cangkul, tetapi kalau direnungkan kembali, sebenarnya ada sesuatu yang kita kadang kala terlepas pandang. Cangkul lazimnya diguna orang untuk menggali dan mengorek tanah. Untuk apa saudara? Untuk menanam pokok, membaiki batas, membina parit atau di zaman dahulu menanam dan mencari harta karun hehe… apapun itulah kegunaannya hingga ke hari ini. Begitu besar sumbangannya terhadap manusia khususnya kepada mereka yang bergelar petani. Walaupun hari ini sudah banyak mekanisasi moden yang muncul dalam dunia pertanian, tetapi alat tradisional ini masih kekal menjadi pilihan. Orang kata, tak lapuk dek hujan. Kita perlu ingat saudara, jika tiada alat cangkul seperti ini di zaman dahulu, mana mungkin manusia boleh berfikir untuk mencipta semua jentera moden yang telah wujud di zaman ini. Betul tak?

ch3

Secara simboliknya, cangkul ini melambangkan kegigihan dan ketabahan seorang manusia untuk mencari rezeki bagi mengubah nasib diri dan keluarga mereka. Usaha dan kudrat mereka ini bukan sahaja untuk mereka, malah untuk faedah dan manfaat manusia sejagat juga. Maka secara prinsipnya, nilai kegigihan amat penting dalam sesuatu perubahan yang diusahakan untuk  manfaat semua. Oh ya…satu lagi perkara sebelum terlupa ialah cangkul juga mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat (hari pembalasan amal)…bukankah ia juga digunakan untuk menggali liang lahad?

Hijau…banyak juga penafsiran tentang warna ini. Ada yang mengaitkannya dengan warna Islam, warna kegemaran Rasulullah S.A.W, simbol gerakan Islam di Malaysia, warna tema sektor pertanian dan sebagainya. Walau apapun penafsiran yang telah dibuat, bagi aku, warna hijau ini (antara warna ‘favourite’) melambangkan ketenangan, kepuasan, kesyukuran dan kemajuan. Apa sebabnya saudara?

Kita berasa tenang dan damai bila melihat kehijauan alam sekeliling kita…

Kita berasa puas sekiranya tanaman yang kita usahakan menjadi dan subur menghijau….

Kita berasa syukur tidak terhingga sekiranya “kehijauan” ISLAM berjaya didaulahkan…dan

Kita akan maju kehadapan bila ‘traffic light’ bertukar menjadi hijau hehe…takde la…maju ini dalam konteks menjadikan sektor pertanian (yang warna temanya hijau) sebagai salah satu penggerak dan penjana yang memacu ekonomi negara.