Kenapa Cangkulhijau?

Cangkul…apalah yang ada pada sebatang cangkul, tetapi kalau direnungkan kembali, sebenarnya ada sesuatu yang kita kadang kala terlepas pandang. Cangkul lazimnya diguna orang untuk menggali dan mengorek tanah. Untuk apa saudara? Untuk menanam pokok, membaiki batas, membina parit atau di zaman dahulu menanam dan mencari harta karun hehe… apapun itulah kegunaannya hingga ke hari ini. Begitu besar sumbangannya terhadap manusia khususnya kepada mereka yang bergelar petani. Walaupun hari ini sudah banyak mekanisasi moden yang muncul dalam dunia pertanian, tetapi alat tradisional ini masih kekal menjadi pilihan. Orang kata, tak lapuk dek hujan. Kita perlu ingat saudara, jika tiada alat cangkul seperti ini di zaman dahulu, mana mungkin manusia boleh berfikir untuk mencipta semua jentera moden yang telah wujud di zaman ini. Betul tak?

ch3

Secara simboliknya, cangkul ini melambangkan kegigihan dan ketabahan seorang manusia untuk mencari rezeki bagi mengubah nasib diri dan keluarga mereka. Usaha dan kudrat mereka ini bukan sahaja untuk mereka, malah untuk faedah dan manfaat manusia sejagat juga. Maka secara prinsipnya, nilai kegigihan amat penting dalam sesuatu perubahan yang diusahakan untuk  manfaat semua. Oh ya…satu lagi perkara sebelum terlupa ialah cangkul juga mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat (hari pembalasan amal)…bukankah ia juga digunakan untuk menggali liang lahad?

Hijau…banyak juga penafsiran tentang warna ini. Ada yang mengaitkannya dengan warna Islam, warna kegemaran Rasulullah S.A.W, simbol gerakan Islam di Malaysia, warna tema sektor pertanian dan sebagainya. Walau apapun penafsiran yang telah dibuat, bagi aku, warna hijau ini (antara warna ‘favourite’) melambangkan ketenangan, kepuasan, kesyukuran dan kemajuan. Apa sebabnya saudara?

Kita berasa tenang dan damai bila melihat kehijauan alam sekeliling kita…

Kita berasa puas sekiranya tanaman yang kita usahakan menjadi dan subur menghijau….

Kita berasa syukur tidak terhingga sekiranya “kehijauan” ISLAM berjaya didaulahkan…dan

Kita akan maju kehadapan bila ‘traffic light’ bertukar menjadi hijau hehe…takde la…maju ini dalam konteks menjadikan sektor pertanian (yang warna temanya hijau) sebagai salah satu penggerak dan penjana yang memacu ekonomi negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s