Haji: Demonstrasi Antarabangsa Umat Islam

Ibadah haji seperti mana yang kita tahu merupakan salah satu rukun Islam yang menjadi simbolik terhadap perjuangan untuk menegakkan serta memepertahankan agama Allah di muka bumi. Ini dapat difahami melalui penghayatan terhadap falsafah di sebalik ibadah-ibadah yang diperintahkan.

ka__bah

Seorang ahli sosiologi Iran, Ali Shariati yang merupakan antara individu yang memperkenalkan konsep rausyanfikir terhadap golongan mahasiswa di Iran, menjelaskan bahawa sepatutnya ibadah haji mampu membina dan membangkitkan kekuatan umat Islam dalam mengembalikan kegemilangan dan kedaulatan agama Allah s.w.t di muka bumi. Sejak itu, umat Islam mula sedar dan mengaitkan perhimpunan jemaah haji di Tanah Suci sebagai Demonstrasi Antarabangsa umat Islam dari pelusuk dunia, yang secara jelas menyatakan ketauhidan Allah s.w.t sebagai Tuhan empunya sekalian alam.

Sejarah di kepulauan melayu khususnya di Indonesia telah mencatatkan bagaimana seorang orientalis barat iaitu Snouck Hurgronje pernah menyamar sebagai seorang Islam untuk mengkaji ibadah haji dalam membina kekuatan umat Islam. Hasilnya, beliau mencadangkan supaya ulama dan ibadah haji perlu dipisahkan daripada masyarakat sekiranya pihak penjajah Belanda yang menjajah Indonesia waktu itu ingin mengalahkan kekuatan Islam khususnya di Acheh.

Oleh itu umat Islam harus melihat ibadah haji ini bukan hanya dari konteks ibadat semata-mata. Sebaliknya ibadah haji mestilah dilihat dalam skop yang lebih luas untuk diartikulasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim berdasarkan penghayatan makna dan falsafahnya. Seandainya sudah menunaikan haji tetapi masih hendak menafikan akan kebenaran segala hukum dan syariat Islam serta sombong dengan tidak mahu menyumbang bakti dalam perjuangan Islam, maka apakah haji itu benar-benar haji mabrur (yang diterima) atau sebaliknya mendapat haji mardud (yang ditolak)?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s