Nilai Korban

Ibadah korban akan mengingatkan kita tentang dua peristiwa pengorbanan yang dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran iaitu perihal pengorbanan dua putera nabi Adam a.s dan yang satu lagi tentang pengorbanan nabi Ibrahim a.s dengan putera kesayangannya iaitu nabi Ismail a.s.

Berkenaan dengan pengorbanan dua putera nabi Adam a.s, kawan-kawan boleh rujuk dalam surah maidah ayat 27-29. Dalam Tafsir Ibnu Kathirtelah menceritakan bahawa nabi Adam a.s telah dianugerahkan mendapat dua kali anak kembar lelaki dan perempuan. Apabila keempat-empat anaknya dewasa, nabi adam a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mengahwinkan anak-anaknya dengan cara, kembar perempuan bagi Habil dikahwinkan dengan Qabil manakala kembar perempuan bagi Qabil dikahwinkan dengan Habil pula.

Walaubagaimanapun, Qabil menolak kaedah itu kerana mengikut riwayat Ibnu Abbas, kembar perempuan bagi Habil kurang cantik dan mahukan kembar perempuannya yang lebih cantik. Untuk itu, Allah s.w.t telah memerintahkan supaya kedua-duanya berkorban. Apabila kedua-duanya berkorban, Allah s.w.t hanya menerima korban si Habil bukannya si Qabil. Ini kerana, korban si Habil adalah seekor kambing dan dia lakukan dengan hati yang ikhlas dan bertakwa kepada Allah s.w.t sedangkan Qabil berkorban dalam keadaan menentang perintah Allah s.w.t. Ini bermakna tidak semua pengorbanan yang dilaksanakan akan diterima oleh Allah s.w.t. Ada cara dan syaratnya supaya ia boleh diterima sebagai berkorban kerana Allah.

korban2jz9

Peristiwa pengorbanan yang kedua dalam sejarah Islam boleh dilihat dalam surah As-saffat bermula dari ayat 101-111. Dalam ayat-ayat ini menceritakan bagaimana ketaatan nabi Allah Ibrahim a.s menunaikan perintah Allah untuk menyembelih satu-satunya anak kesayangannya waktu itu iaitu nabi Ismail a.s. Setelahnabi Ismail dikhabarkan tentang perintah tersebut, dia hanya menerimanya dengan penuh ketaatan kerana perintah itu datangnya dari Allah s.w.t. Walaubagaimanapun, Allah s.w.t telah menukarkan pengorbanan itu dengan seekor kibasy.

Demikianlah rakaman peristiwa kisah pengorbanan yang dituntut dan yang diterima oleh Allah s.w.t. Mesej jelas dalam kedua-dua kisah ini adalah nilai ketaatan yang membawa kepada ketakwaan dan nilai keikhlasan dalam sesebuah pengorbanan. Jadi, apa makna sesebuah pengorbanan seandainya tidak disertai dengan rasa ketakwaan dan keikhlasan semata-mata kerana Allah s.w.t kerana kedua-dua nilai inilah yang menjadi kunci utama kejayaan dalam apa sahaja yang kita usahakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s