Salam Maal Hijrah

Setiap kali kita menyambut maal hijrah, sudah pasti kita akan terkenangkan peristiwa penghijrahan nabi s.a.w dan umat Islam waktu itu dari kota mekah ke yathrib (madinah). Penghijrahan ini bukanlah bermaksud takut atau ingin lari daripada ancaman, kezaliman dan penindasan pembesar serta kerajaan musyrikin, tetapi sebagai satu strategi untuk memperjuangkan Islam dalam skop yang lebih luas melalui pembentukan negara Islam di madinah.

hijrah

Jadi, sebenarnya saudara penghijrahan nabi s.a.w adalah dengan matlamat mahu menegakkan sebuah Daulah Islamiyah [negara yang didalamnya diamalkan prinsip & nilai Islam]. Tidakkah Islam ini merupakan agama rahmat bagi seluruh alam? Maka langkah pembentukan kerajaan Islam amatlah wajar untuk memastikan kesyumulan Islam yang komprehensif dan universal sifatnya mampu diterjemahkan melalui pemerintahan. Sebab itu, Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh Daulah menjelaskan hubungkait Islam dengan politik. Jika dipisahkan keduanya, Islam ini tak jadi Islam mungkin jadi seperti agama lain. Mustahil untuk dilaksanakan Islam secara menyeluruh tanpa sebarang kuasa pemerintahan.

Apabila Islam memerintah, sudah pasti seluruh isi alam akan merasai impak rahmat tersebut melalui prinsip dan dasar Islam yang adil, amanah, telus, perihatin dan berkebajikan. Pengaplikasian syariah Islam dalam pemerintahan pula akan menjamin akidah, harta, keturunan, akal dan jiwa manusia daripada dicerobohi. Kesemuanya ini telah pun dibuktikan oleh nabi s.a.w ketika menerajui kepimpinan dan pemerintahan di Madinah.

unitedummah1

Apa yang boleh kita contohi ialah sikap muhajirin yang sanggup berkorban meninggalkan tanah air, keselesaan dan harta benda mereka semata-mata untuk menyahut seruan illahi untuk berhijrah (untuk daulah Islamiyah). Bukan mudah sebenarnya untuk kita meninggalkan kesemuanya itu dan berhijrah sehelai sepinggang tanpa ada kesungguhan yang mendalam. Maka hijrah kita dalam konteks hari ini memerlukan kesungguhan seperti itu bagi memacu perubahan dunia dengan membawa harapan baru bersama Islam. Ayuh saudara, bersama kita mendaulatkan Islam supaya memerintah bukannya diperintah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s