ARAB YANG CEROI : Apa pula tindakan kita?

Akhir tahun lalu, si laknat zionis telah melakukan siri serangan ke atas bumi GAZA. Ribuan saudara-saudara kita di sana syahid akibat tindakan kejam pengganas zionis yang tidak berperikemanusiaan. Semua dia bantai dan balun. Tidak kira budak kecil, orang-orang tua, wanita yang tidak berdosa semuanya menjadi mangsa kerakusan yahudi laknatullah. Banyak bangunan dan rumah kediaman hancur dan musnah termasuklah sekolah milik PBB yang turut dibom. Bila ditanya mengapa serang GAZA? katanya mahu musnahkan HAMAS. Jawapan paling tidak bijak diberi. Selepas serangan, ternyata HAMAS masih wujud kerana HAMAS bukan sasaran utama, tetapi kanak-kanak kecil yang tidak berdosa. Mereka mahu lakukan ‘ethnic cleansing’ dengan membunuh generasi rakyat palestin.

amifreeyet1

Dunia arab macam biasalah ceroi, diam seribu bahasa dan langkah. Paling kuat pun sekadar mengutuk serangan yang dilakukan dan sampai hari ini tidak nampak pun usaha yang konkrit untuk menghentam semula kekejaman ISRAEL dan sekutunya AMERIKA. Banyak-banyak negara arab, Arab Saudi dan Mesir lah yang paling ceroi. Ada ke patut, bila Liga Arab (macam liga bola sepak je) buat persidangan untuk menyokong usaha menyelamatkan GAZA, dia boleh tak hantar wakil. Terbaru, mesir dengan selumbernya menyekat 2200 tan barang bantuan untuk diagihkan ke semenanjung GAZA. Apa punya umat islam la ni. Nasib baik ada negara seperti Iran, Turki dan yang lain yang secara terbuka dan konsisten menghentam segala tindakan zionis.

boikot-israeljpg

Bila kita disuruh boikot segala produk yahudi dan amerika, yang diperkukuhkan pula dengan fatwa haram oleh ulama muktabar syeikh yusuf al-qaradhawi, berapa kerat NEGARA UMAT ISLAM (bukan NEGARA ISLAM) yang sahut pemboikotan produk tersebut. Yang boikot hanyalah rakyat biasa bukannya pemerintah, itu pun bukan semua yang betul-betul nak boikot. Kalau ditanya kenapa tak boikot je semua produk2 tu? Mereka akan jawab ini akan gugat ekonomi kita. Seharusnya kemewahan dan kekayaan umat islam seharusnya dimanfaatkan sebaiknya untuk menghasilkan dan mengeluarkan produk kita sendiri. Bukannya bergantung sepenuhnya dengan produk yahudi dan amerika yang akhirnya terlibat sama dalam misi membunuh jiwa umat Islam.

Umat Islam yang kalau dulunya digeruni dan disegani, hari ini kita lemah dalam serba-serbi. Lemah dalam urusan ekonomi walaupun kitalah yang jual minyak kepada dunia, lemah dalam berpolitik walaupun jumlah kita ramai, lemah dalam penguasaan ilmu walaupun sumber ilmu itu datang dari kita dan yang paling lemah adalah kesatuan umat islam walaupun kita punyai dua sumber rujukan utama yang sama. Umat islam rela bersatu untuk tidak bersatu. Berapa ramai pemimpin Islam yang mengiktiraf HAMAS sebagai pemerintah. Jawapanya tak ramai yang mengiktiraf HAMAS (termasuk Malaysia) walaupun ia dipilih oleh rakyat palestin secara sah dari sudut demokrasi. Mengapa ini berlaku? Adakah kita sudah menjadi barua amerika dan yahudi yang cop HAMAS sebagai pengganas dunia?

palestinealways2_sk

Oleh itu saudara, kita harus kembali semula kepada ajaran islam yang sebenar(bukan Islam naik lori-Islam Hadhari). Sedarlah, perpecahan kita hari ini disebabkan kita sudah jauh daripada petunjuk Al-Quran dan Sunnah. Barangkali ini juga merupakan peringatan daripada Allah untuk kita kembali sedar dan insaf. Satu sahaja kekuatan yang perlu kita bina iaitu kekuatan iman. Dengan iman, umat islam akan kembali memanfaatkan segala ilmu, kekuatan dan kelebihan yang ada untuk berjihad mempertahankan ISLAM dengan apa jua cara sebagai tanda ketaatan kepada Allah. Dengan iman juga umat islam tidak lagi terpedaya dengan segala hiasan dunia yang melekakan kita daripada tanggunjawab untuk menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Ayuh saudara, kita bina bersama kekuatan itu. Jangan diharapkan orang lain yang akan mempertahankan ISLAM, sebaliknya kitalah yang harus berusaha untuk bawa perubahan ini demi keredhaan Allah swt.

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s