ISU DERHAKA

Riuh-rendah satu Malaya kebelakangan ini tentang isu derhaka. Aku pun tertanya-tanya pasal apa media arus perdana suka sangat memperbesarkan isu ini. Apakah ini merupakan kali pertama berlakunya penderhakaan rakyat kepada rajanya? Kalau betul orang itu derhaka apa puncanya dan apa sebabnya? Aku juga hairan mengapa orang itu begitu berani depan-depan raja, mohon sembah derhaka.

Oleh kerana itu, aku cuba mencari sedikit maklumat tentang kalimah ‘mohon sembah derhaka’ yang hangat diperkatakan itu. Tapi sebelum tu, izinkan aku berkongsi cerita, bingkisan dan coretan sejarah tentang beberapa peristiwa berkaitan krisis antara ‘penderhaka’ dengan istana.

Saudara, pernah terjadi satu ketika dahulu seorang bekas menteri besar yang kini menteri, melukakan hati seorang raja dengan tanpa segan silu melarikan anak raja tersebut. Hari ini, beliau ini tumpang sekaki tuduh orang itu penderhaka.

Ada satu kes… lagi berani, seorang ketua perhubungan negeri yang juga bekas menteri kabinet pernah berarak untuk menabalkan seorang anak raja sebagai sultan bagi menggantikan sultan yang sedia ada. Pelik sungguh perilaku orang ini. Entah perlembagaan manalah yang dia rujuk sampai boleh bertindak demikian. Mungkin dia ingat lantik sultan ni macam lantik JKKK hehe…

Tak cukup dengan itu, siri penderhakaan diteruskan dengan mengaitkan pihak istana dengan politik. Mereka kata, istanalah penyebab mereka ini kalah teruk. Kalau tak percaya, boleh rujuk perhimpunan agong mereka pada tahun 1991 yang menyaksikan segala kritikan-kritikan tajam dilontarkan kepada raja-raja melayu. Cukup kurang ajar dan kurang beradab mereka ini.

Golongan itu juga bertanggungjawab mencetuskan krisis perlembagaan pada tahun 1983 yang mana mereka ingin meminda perihal kuasa perkenan Agong dan raja-raja melayu serta kuasa Agong untuk isytihar darurat. Setelah diluluskan oleh dewan rakyat dan dewan negara pindaan tersebut, malangnya Agong waktu tu enggan ‘sign’ undang2 pindaan tersebut setelah berunding dengan raja-raja lain. Golongan ini apa lagi (kalau dah jenis penderhaka), di buatnya satu rapat umum untuk menghentam raja-raja. Patut ke ni…

11111

Tak cukup dengan itu, pada tahun 1993, sekali lagi mereka nak pinda perlembagaan tapi kali ni melibatkan penghapusan imuniti raja-raja. Waktu tu, Majlis Raja-Raja minta masa untuk dikaji pindaan tersebut. Ini tidak disenangi mereka. Jadi mereka perlu bertindak sesuatu. Sejarah telah tercatit, para pemimpin mereka dibantu dengan jentera ‘media ceroi’, dengan tidak beretika mendedahkan apa yang dikatakan sebagai salah laku raja dan kaum kerabatnya. Bukankah ini mengaibkan raja namanya.

Kalau tadi aib, tapi yang ni lagi hina. Isy..berani sungguh puak-puak ni. Ada ke patut, depa ni buat perhimpunan halal(kalau orang lain haram) depan istana dan bawa sepanduk yang berbunyi “kami nak deris natang”. Siapa “natang” (binatang) yang dimaksudkan? Kes ini berlaku apabila sultan dan majlis penasihatnya menolak nama yang dikemukakan dan melantik orang lain sebagai mb. Jadinya, puak-puak malaun ni tak puas hati dan gertak nak boikot majlis angkat sumpah. Lepas tu hasut para penyokong supaya buat demonstrasi halal dan angkat sepanduk tadi. Ceroi tak puak-puak ni? Sedangkan mb baru tu pun satu jemaah dengan mereka jugak.

Jadi itulah realitinya saudara. Puak penderhaka itu hari ini telah menuduh orang itu sebagai penderhaka. Dalam kes orang itu, beliau tidak bersetuju dengan titah raja yang menyuruhnya meletakkan jawatan. Tidak bersetuju di sini dalam bahasa istana disebut ‘mohon sembah derhaka’. Bukan derhaka macam hang jebat tu, tapi hanya tidak bersetuju sebab pada pandangan beliau, pelucutan jawatan beliau sebagai MB tidak mengikut perlembagaan yang ditetapkan. Sebab itu, beliau boleh mempertahankan jawatan tersebut dan perlantikan MB yang baru boleh dipertikaikan dari sudut perundangan.

Oleh itu saudara, jangan diikutkan sangat rentak permainan media yang ada. Dah lah berita tak adil, mereka-reka cerita pulak dah. Dikatanya orang itu nak saman sultan lah dan macam2. Hakikatnya takde pun saman dari pihak orang itu. Moga-moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk bersedia dan redha menghadapi segala cabaran, mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s