Nak Maksiat?

Ibrahim bin adham, seorang sufi yang dulunya merupakan seorang raja pernah didatangi seorang lelaki. Lelaki itu mengadu akan halnya yang gemar melakukan maksiat dan meminta nasihat untuk menghindari maksiat tersebut.

Lalu Ibrahim bin adham menyatakan ‘kalau kamu nak buat maksiat kamu boleh buat tapi dengan lima syarat’.

Apa syaratnya?

Syarat pertama, kalau kamu nak bermaksiat jangan kamu makan segala rezekiNya.

Syarat kedua, kalau teringin nak bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya.

Syarat ketiga, kalau ketagih juga nak bermaksiat, carilah tempat bersembunyi yang tak dapat dilihatNya.

Syarat keempat, kalau kempunan juga nak buat maksiat, cuba halau malaikat Izrail daripada mencabut nyawa kita di saat ajal kan menjelma.

Dan syarat kelima, kalau kamu berkeras nak bermaksiat, pastikan bila ada malaikat yang akan iring kamu ke neraka, katakan TAK NAK pada malaikat itu dan jangan ikut malaikat tersebut.

Tatkala mendengar syarat-syarat tadi, lelaki tadi tunduk dan insaf. Air matanya bercucuran membasahi pipi dan berjanji akan mohon taubat kepada Allah.

2nqhafs

Saudara, apa yang dapat kita faham. Mana mungkin kita dapat hidup di dunia ini tanpa nikmat rezeki kurniaan Allah. Allah dah beri lebih daripada apa yang kita perlukan. Adakah ketika kita mengharungi lautan rahmat ini masih terdetik dalam jiwa kita untuk menderhakaiNya.

Tidak mungkin kita mampu buat bumi sendiri dan kalau boleh buat… seronok lah kita kan. Yang pasti secerdik mana pun manusia, dia tak mampu cipta bumi lain seperti bumi yang kita tinggal hari ini. Adakah insan sekerdil kita ini masih mahu menyombong diri dengan perintah Allah Yang Maha Perkasa.

Tak logik sama sekali kita dapat mencari tempat yang paling tersorok dan tersembunyi daripada pengetahuanNya. Kalau dengan orang bolehlah kita sorok-sorok buat maksiat, tapi dengan tuhan tak boleh sebab DIA Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui. Mayat manusia yang mati dibunuh Mona Fendi tu pun dapat dikesan, padahal kawan tu dah kerat-kerat badan mayat tu dan siap tanam dalam hutan lagi. Tapi dengan kuasa Allah, mayat itu dijumpai dan pembunuh itu dihukum akhirnya. Pembunuh Altantuya? Lambat -laun kita akan tahu juga siapa dalangnya (gembala kambing hitam) dengan izin Allah.

Langsung tak munasabah kalau kita mampu sekat malaikat maut daripada menjalankan tugasnya. Apa…ingat senang ke nak rasuah malaikat. Mintak dia tangguh sat, bagi peluang kat kita untuk bertaubat. Jangan harap la…Malaikat ni hamba tuhan yang paling taat dan tak bernafsu pun untuk makan rasuah.

thereisnogodbutallah

Akhirnya saudara, kita memang tak boleh buat apa-apa lagi kalau diri ini sudah pun dihitung di akhirat kelak. Apa yang kita bawa, itulah bekalan kita. Masa tu dah takde masa nak main nyorok-nyorok atau kejar-kejar dengan malaikat. Kalau sudah diiring kita ke neraka, isy…mahukah kita?

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s