Earth Hour

Baru-baru ini saudara, fakultiku telah menjalankan satu program untuk mempromosikan kempen Earth Hour. Apa tujuannya dilaksanakan program seumpama ini? Pada perspektif aku, kita sebagai manusia harus menjaga 3 hubungan. Pertama, hubungan kita kepada Allah dan rasulNya. Sebagai muslim, perlu untuk kita melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi larangannya seperti yang termaktub dalam ajaran ISLAM tanpa sebarang alasan.

Kedua, hubungan kita dengan manusia. Ini termasuklah hubungan kita dengan ibu bapa, saudara-mara, rakan-rakan, jiran tetangga dan masyarakat manusia seluruhnya. Apa yang penting dalam hubungan ini ialah sikap hormat-menghormati yang dimulai dengan proses perkenalan dan komunikasi.

Ketiga, hubungan dengan alam yang terdiri daripada bukit-bukau, sungai, hutan, haiwan dan sebagainya. Kenapa kena sibukkan diri dengan hubungan yang ketiga ni. Ini kerana saudara, kita, sebagai khalifah telah diamanahkan oleh TUAN empunya alam untuk menjaga dan mengimarahkan alam ini berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Oleh itu saudara, aku merasakan gerakan kesedaran tentang penjagaan alam perlu diperjuangkan disamping memperteguhkan hubungan pertama dan kedua tadi.

tayangan penerangan di kafe baru

papan informasi Earth Hour

kempen dari bilik ke bilik

antara mereka yang terlibat

dah mula bergelap

Hanya sejam saja untuk kita bergelap demi menyelamatkan bumi yang sedang kritikal dengan pelbagai masalah seperti pemanasan global, pencemaran dan sebagainya. Dengan menjimatkan elektrik, sebenarnya kita telah mengurangkan penggunaan tenaga yang sebahagiannya dijanakan oleh sumber petroleum. Penggunaan petroleum membebaskan gas seperti karbon monoksida yang  memerangkap haba di bumi. Apa berlaku saudara, suhu bumi akan meningkat dan boleh mencairkan benua artik dan antartika. Kalau cair ni, alamat habis sebahagian daratan akan tenggelam dengan air. Ini antara contoh bagaimana pemanasan global berlaku. Jadi, jom kita angkat agenda ini untuk ubah mentaliti masyarakat kita yang masih kurang perihatin dengan  hubungan alam. Nak Tak?

Advertisements

‘Politik wang’=RASUAH

Saudara, apa sebab munculnya kalimah di atas? Barangkali… bagiku inilah istilah yang diguna puak-puak tertentu untuk berselindung di sebalik istilah sebenarnya iaitu rasuah atau mungkin kesalahan ‘rasuah beli jawatan’ ini menurut Lembaga Disiplin mereka hanyalah salah laku etika dalam pemilihan dan bukannya satu kesalahan jenayah rasuah.

Suruhanjaya yang dibentuk dan katanya bertaring untuk ambil tindakan, sehingga hari ini hanya mampu tersengih untuk keluar kenyataan bahawa kalau ia hanyalah salah laku etika maka kami tak ada gigi untuk ambil tindakan kerana bukan kerja kami hukum mereka yang langgar etika parti. Tapi soalnya… kalau salah laku etika itu adalah jenayah rasuah, ada atau tidak keberanian mahu ambil tindakan?

belum banteras rasuah

Saudara, mengapa perlu beli jawatan? Jawapannya pasti, bukan kerana mahu pikul amanah tapi untuk memenuhi nafsu rakus dan jiwa gila untuk berkuasa. Berkuasa untuk kumpul dan kaut harta demi memenuhi kepentingan peribadi. Oleh itu, siang malam mereka ini berebut-rebut mahukan jawatan untuk buktikan siapa kaya, siapa kuat maka dia akan menang. Betul ke ni? Kalau tak betul masakan wujud berita gejala politik rasuah ni…isu ini dapat liputan meluas akhbar dan TV kan…

rasuah1

Sudah lupakah kita yang mengaku muslim, yang baru saja selesai berarak sambil berselawat sampai berpeluh-peluh sambut maulidur rasul, teriaknya aku sayangkan nabi, aku cintakan nabi, tapi ada atau tidak diikut nabi itu. Nabi SAW pernah bersabda dalam satu hadis baginda maksudnya “Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)” ( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih). Soalnya, apakah kita hari ini bersungguh-sungguh dan komited mahu banteras dan haramkan rasuah.

Mengapa tidak diberikan saja kuasa penuh dan sebebas-bebasnya kepada suruhanjaya pencegah rasuah yang bertaring ini untuk siasat apa-apa saja kes yang ada kaitannya dengan rasuah. Maksudnya, kalau siasat kes rasuah jangan terhenti setakat Lembaga Disiplin saja (yang bersukacita buat keputusan dan hukuman pelik-pelik).

Tak kiralah apa kedudukan kamu, asalkan saja kamu dituduh rasuah maka jawapannya kamu perlu disiasat. Kalau kamu benar tak terlibat, maka tak perlulah rasa takut. Cakap saja pada suruhanjaya itu bahawa, “aku akan buka segala pintu dan tingkap seluas-luasnya, 25 jam sehari untuk disiasat apakah aku ini perasuah”.

handcuffed_to_money

Suruhanjaya pulak, dengan peruntukan undang-undang yang ada janganlah pula segan silu malu-malu nak siasat dan ambil tindakan. Gunakan kuasa yang ada untuk bantai puak-puak rasuah ni dan perlu diingat, jangan main pilih-pilih sesuka hati je siasat kes-kes tertentu. Ada laporan, ada bukti, teruskan saja usaha untuk cegah najis rasuah yang hina dina ini. Jangan jadi seperti peribahasa baru ni: ‘Kerana takutkan penguasa, habis lembu jadi mangsa’ hehe…

saya-anti-rasuah

Akhirnya saudara, walaupun ada di antara mereka yang beri rasuah dan terima rasuah, tapi terlepas daripada hukuman Lembaga Disiplin (bunyi macam lembaga disiplin sekolah jer) ataupun tindakan suruhanjaya pencegah rasuah, yang mana perasuah ini masih mampu tergelak geli hati dan melompat-lompat keriangan melihat ketidakupayaan sistem pemerintahan untuk membanteras rasuah secara berkesan, tapi sebenarnya mereka silap, mereka ini lupa bahawa di akhir nanti hukuman lebih berat sedang menanti mereka yang ketika itu bukan mulut mereka yang berbicara, sebaliknya kaki dan tangan mereka akan bercerita apa yang telah diperbuat…nak bagi alasan, maaf di sana bukan tempatnyanak buat rayuan, maaf kamu telah diberi peluang dahulu… malang tak nasib mereka? Jadi kalau begitu, perlukah kita kepada pemimpin dan puak yang berpolitik wang?

Taubat padaMU

(diedit dari sebuah lagu)

ku singkap kenangan lalu

sewaktu zaman jahilku

ku tadah tangan mengharapkan

kau ampuni dosa ku yang lalu

maafkanlah aku

rahmatilah aku

wahai tuhanku

aku dah tak sanggup

memikul dosaku

yang amat ku takut

pada azabMu

di kepekatan malam

ku taubat padaMU

terhenti lamunan

jiwaku kepasrahan

ku serahkan diri ini

padaMu oh Tuhan

dalam ku tidak sedar

air mataku

bercucuran gugur membasahi

pipiku…

Kampus Kota 19 Mac 09

Debat Piala NC Kali Ke-2

Pada 13-14 Mac yang lalu telah berlangsungnya pertandingan Debat Piala NC kali ke-2 bertempat di Kampus Kusza,UDM. Fakulti Pertanian Dan Bioteknologi telah menghantar 3 pasukan bagi memberi saingan kepada fakulti-fakulti lain yang turut bertanding.

Pasukan FPB 1

Sembang2 jap

fikir point

wat rileks

dengar

pasukan Debat FPB

Alhamdulillah, walaupun ada sedikit kekurangan dari segi pengalaman dan persediaan, namun ia masih boleh dibanggakan kerna ketiga-tiga pasukan ini berjaya layak ke suku akhir. Tak siapa sangkakan…apapun tahniah buat teman-teman semua di atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan.

Luahan Sang Lebah

Mulanya bersua

Barangkali satu kebetulan

Lama menyepi hilang

Tiba muncul tidak diduga

Terang gelap asyik terngiang

Entah siapa gerangannya

Hendak dihinggap

Kaku pula gerak bicara

Namun sekelumit hati melontar

Apakah ini madu yang dicari

Tapi jawabnya pasti

Segalanya suratan ilahi

Berpaut lebah pada tangkai

Buah usaha berbijikan pasrah

Jauh di sudut hatinya

Ia sudah pun mengira

Katanya harus untukku bertekad

Berani pertama kali

Mengutus desingan salam

Namun…

Tika kini disedari

Rupanya lebah tersalah

Memburu bunga larangan

Blok M, Kampus Kusza 10 Mac 09

Hak Rasulullah s.a.w

muhammad_saw

Saudara, sedarkah kita bahawa hadirnya Rasulullah adalah untuk menyempurnakan hak-hak manusia untuk diberi khabar gembira dan berita peringatan daripada Allah swt. Jadi pernahkah kita terfikir apa pula hak Rasulullah terhadap diri kita? Ada 6 hak Rasulullah terhadap diri kita:

1. Beriman kepadanya dalam erti kata sebenar

Mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang terakhir dan tiada nabi atau rasul selepas ini.(lihat Surah Al-Ahzab 33:40 dan Surah A-A’raf 7:157)

2. Mencintai baginda

Menanam rasa cinta terhadap Allah dan Rasulullah dengan mengikuti jalan petunjuknya. Nescaya diri kita akan dicintai dan diredhai. (lihat Surah Ali-Imran 3:31)

3. Taat kepada perintahnya

Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah ketaatan mutlak. Ingatlah, ketika wujud perselisihan, maka kembalilah kepada Allah[Al-Quran] dan Rasul[As-Sunnah]. (lihat Surah An-Nisa’ 4:59 dan Surah Ali-Imran 3:132)

4. Sentiasa membela dan mempertahankannya

Sebagai muslim, sudah menjadi kewajipan bagi kita mempertahankan rasulullah dan risalah yang dibawanya dengan mengamalkannya dan bukan mengkhianatinya. Jadilah kita penolong-penolong agama Allah.(lihat Surah As-Saff 61:14, Surah Al-Ahzab 33:57)

5. Sebarkan risalah yang dibawanya

Pesan Rasulullah dalam satu hadithnya untuk menyampaikan dan menerangkan Islam walaupun dengan satu ayat. Menunjukkan peri pentingnya melibatkan diri dengan aktiviti dakwah. (lihat Surah Yunus 10:15, Surah An-Nahl 16:125)

6. Berselawat kepadanya

Sentiasalah membasahkan lidah dengan berselawat kepada Rasulullah kerana besarnya ganjaran yang bakal diperolehi. (lihat Surah Al-Ahzab 33:56) makam-nabi

Dengan ini saudara, aku menyeru diri ini dan saudara sekalian untuk sama-sama menyempurnakan segala hak-hak Rasulullah s.a.w sempena menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini. Yakinlah tidak rugi untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w kerana ia merupakan satu pelaburan besar untuk sebuah kebahagiaan yang hakiki…

(Dicatat dari satu ceramah yang disampaikan oleh Ust. Sharil Long)

Keunggulan Kekasihku

Tahukah saudara, sebenarnya ramai di kalangan tokoh pemimpin, ahli sejarah dan ilmuan dunia mengiktiraf dan mengakui keperibadian yang dimiliki oleh Rasulullah saw. Antaranya ialah:

shaw

Sir George Bernard Shaw (‘The Genuine Islam’, Vol. 1, No. 8, 1936)
“Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia : Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropah di masa mendatang dan memang ia telah mulai diterima Eropah saat ini”

napoleon_bonaparte

Napoleon Bonaparte

“ I salute this great man (MUHAMMAD): I salute his qualities of head and heart

mahatma-gandhi


Mahatma Gandhi (pemimpin rakyat di India)
“Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia? Saya lebih dari yakin bahwa
bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, kehati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (bukan pedang) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih karena tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung“.

Edward Gibbon and Simon Ockley ‘speaking on the profession of ISLAM’

“Muhammad tidak lebih dari seorang manusia biasa. Tapi ia adalah manusia dengan tugas mulia untuk menyatukan manusia dalam pengabdian terhadap satu dan hanya satu Tuhan serta untuk mengajarkan hidup yang jujur dan lurus sesuai perintah Tuhan. Dia selalu menggambarkan dirinya sebagai ‘hamba dan pesuruh Tuhan’ dan demikianlah juga setiap tindakannya”.

portrait-of-alphonse-de-lamartine

Lamartine (ALPHONSE DE LAMAR TINE, HISTOIRE DE LA TURQUIE, PARIS, 1854, VOL. II, PP 276-277)

“If greatness of purpose, smallness of means and astounding results are the three criteria of human genius, who could dare to compare any great man in modern history than MUHAMMAD?

Michael H Hart's Book

Michael H Hart (THE 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN  HISTORY, New York, 1978, p. 33)

“My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.