‘Politik wang’=RASUAH

Saudara, apa sebab munculnya kalimah di atas? Barangkali… bagiku inilah istilah yang diguna puak-puak tertentu untuk berselindung di sebalik istilah sebenarnya iaitu rasuah atau mungkin kesalahan ‘rasuah beli jawatan’ ini menurut Lembaga Disiplin mereka hanyalah salah laku etika dalam pemilihan dan bukannya satu kesalahan jenayah rasuah.

Suruhanjaya yang dibentuk dan katanya bertaring untuk ambil tindakan, sehingga hari ini hanya mampu tersengih untuk keluar kenyataan bahawa kalau ia hanyalah salah laku etika maka kami tak ada gigi untuk ambil tindakan kerana bukan kerja kami hukum mereka yang langgar etika parti. Tapi soalnya… kalau salah laku etika itu adalah jenayah rasuah, ada atau tidak keberanian mahu ambil tindakan?

belum banteras rasuah

Saudara, mengapa perlu beli jawatan? Jawapannya pasti, bukan kerana mahu pikul amanah tapi untuk memenuhi nafsu rakus dan jiwa gila untuk berkuasa. Berkuasa untuk kumpul dan kaut harta demi memenuhi kepentingan peribadi. Oleh itu, siang malam mereka ini berebut-rebut mahukan jawatan untuk buktikan siapa kaya, siapa kuat maka dia akan menang. Betul ke ni? Kalau tak betul masakan wujud berita gejala politik rasuah ni…isu ini dapat liputan meluas akhbar dan TV kan…

rasuah1

Sudah lupakah kita yang mengaku muslim, yang baru saja selesai berarak sambil berselawat sampai berpeluh-peluh sambut maulidur rasul, teriaknya aku sayangkan nabi, aku cintakan nabi, tapi ada atau tidak diikut nabi itu. Nabi SAW pernah bersabda dalam satu hadis baginda maksudnya “Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)” ( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih). Soalnya, apakah kita hari ini bersungguh-sungguh dan komited mahu banteras dan haramkan rasuah.

Mengapa tidak diberikan saja kuasa penuh dan sebebas-bebasnya kepada suruhanjaya pencegah rasuah yang bertaring ini untuk siasat apa-apa saja kes yang ada kaitannya dengan rasuah. Maksudnya, kalau siasat kes rasuah jangan terhenti setakat Lembaga Disiplin saja (yang bersukacita buat keputusan dan hukuman pelik-pelik).

Tak kiralah apa kedudukan kamu, asalkan saja kamu dituduh rasuah maka jawapannya kamu perlu disiasat. Kalau kamu benar tak terlibat, maka tak perlulah rasa takut. Cakap saja pada suruhanjaya itu bahawa, “aku akan buka segala pintu dan tingkap seluas-luasnya, 25 jam sehari untuk disiasat apakah aku ini perasuah”.

handcuffed_to_money

Suruhanjaya pulak, dengan peruntukan undang-undang yang ada janganlah pula segan silu malu-malu nak siasat dan ambil tindakan. Gunakan kuasa yang ada untuk bantai puak-puak rasuah ni dan perlu diingat, jangan main pilih-pilih sesuka hati je siasat kes-kes tertentu. Ada laporan, ada bukti, teruskan saja usaha untuk cegah najis rasuah yang hina dina ini. Jangan jadi seperti peribahasa baru ni: ‘Kerana takutkan penguasa, habis lembu jadi mangsa’ hehe…

saya-anti-rasuah

Akhirnya saudara, walaupun ada di antara mereka yang beri rasuah dan terima rasuah, tapi terlepas daripada hukuman Lembaga Disiplin (bunyi macam lembaga disiplin sekolah jer) ataupun tindakan suruhanjaya pencegah rasuah, yang mana perasuah ini masih mampu tergelak geli hati dan melompat-lompat keriangan melihat ketidakupayaan sistem pemerintahan untuk membanteras rasuah secara berkesan, tapi sebenarnya mereka silap, mereka ini lupa bahawa di akhir nanti hukuman lebih berat sedang menanti mereka yang ketika itu bukan mulut mereka yang berbicara, sebaliknya kaki dan tangan mereka akan bercerita apa yang telah diperbuat…nak bagi alasan, maaf di sana bukan tempatnyanak buat rayuan, maaf kamu telah diberi peluang dahulu… malang tak nasib mereka? Jadi kalau begitu, perlukah kita kepada pemimpin dan puak yang berpolitik wang?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s