Hari Kebebasan Media

Semalam merupakan hari bagi kebebasan media. Dalam sebuah negara demokrasi, kebebasan media ini merupakan salah satu sendi utamanya. Media perlu menjadi sebagai agen penyampai maklumat yang telus, jujur, adil dan bebas kepada masyarakat yang dahagakan maklumat. Seandaiya perkara ini tidak berlaku, alamatnya sesebuah masyarakat itu akan berada dalam kekeliruan akibat daripada media yang meninggalkan etika dan prinsip mereka sebagai pengamal media.

wpfday_2

 

 

 

Berbalik kepada isu kebebasan media ini, pasti timbul persoalan iaitu bebas yang bagaimana yang dikatakan bebas. Apakah mereka bebas menceritakan apa sahaja sehingga boleh mengaibkan dan menjatuhkan seseorang? Atau bebas melaporkan apa sahaja tanpa mempedulikan sempadan-sempadan seperti yang telah digariskan?

world-press-freedom

Pada pandangan aku saudara, bebas di sini bukanlah bebas secara mutlak. Tetapi bebas yang beretika dan berakhlak. Di dalam Al-Quran, terdapat ayat-ayat yang boleh menyimpulkan apakah yang seharusnya di amalkan oleh media.

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi Karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. jika ia kaya ataupun miskin, Maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu Karena ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, Maka Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.” (surah An-Nisaa’4:135)

Allah mengingatkan lagi dalam surah Al-Baqarah2:42 yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu Mengetahui.”

news

 

Sebagai pengamal media khususnya wartawan mereka seharusnya melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai yang mahukan kebenaran (bukannya takut kepada tekanan sehingga kebenaran ditongsampahkan). Mereka juga harus meraikan dan menghayati kebebasan mengambil berita dan menyiarkan berita secara jujur dan adil tanpa memilih bulu. Seterusnya saudara, mereka wajar mengelakkan diri daripada melaporkan berita-berita berunsurkan fitnah, bersifat perkauman dan melampau serta bertentangan dengan agama dan tatasusila masyarakat.

Aku juga tertarik dengan satu artikel yang bertajuk “Media mempositifkan berita negatif” tulisan Mior Kamarul Shahid dalam majalah MILENIA keluaran April 2009. Dalam artikel tersebut, beliau menyebut bagaimana media dalam negara kita cuba memberi gambaran seolah-olah kemelesetan ekonomi yang sedang melanda dunia tiada kaitan dengan Malaysia. Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau ekonomi kita tidak terjejas masakan Datuk Seri Najib mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi baru-baru ini. Bagi rakyat mereka keliru (akibat sering ditipu) kerana dalam berita cakap ekonomi kita ok…tiada masalah yang perlu dirisaukan tetapi hakikatnya dalam masa yang sama mereka terpaksa diberhentikan kerja, diarah cuti tanpa gaji, dan sebagainya.

4_1

Ini tak ulas lagi laporan sepanjang mana-mana kempen pilihanraya. Saudara sendiri boleh lihat dan analisis sendiri bagaimana media arus perdana kita dijadikan jentera dan perkakas kepada pihak-pihak tertentu (tidak mencerminkan sebuah negara demokrasi). Aku syorkan pengamal media hari ini kena belajar dengan rancangan Melodi (bukan belajar semuanya). Sebab apa saudara? Sebab dalam satu kes yang melibatkan pergaduhan dua orang artis (tak ingat nama mareka) yang dilaporkan, wartawan Melodi tersebut mendapatkan pandangan daripada kedua-dua pihak yang bergaduh tersebut. Wartawan tu siap bagitahu lagi “tidak adil rasanya kalau kita tidak mendapatkan penjelasan dari satu pihak lagi”. Ini barulah adil namanya kan. Tapi sayang, ia berlaku dalam dunia hiburan sahaja.

reporters

Dari sudut kebebasan media pula saudara, aku merujuk pada Wikipedia yang mencatakan Indeks Kebebasan Akhbar 2008 , Malaysia jatuh teruk ke kedudukan 132 daripada 173 negara. Tahun 2007 Malaysia berada pada kedudukan 124 dan 2006 pada kedudukan 96. Rating ini diberikan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpusat di Paris, Perancis. RSF telah memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak tahun 1985.

Secara perbandingannya ,Timor Leste di tangga (65), Mongolia (93),Gabon (110),Indonesia (111),Maghribi (122),Thailand (124),Cameroon (129),Nigeria (131) ,Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136), Oman (123), Kemboja (126), Jordan (128) , Malaysia(132) dan Singapura (144). Lihatlah, renunglah dan fikirlah saudara…

3 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s