1 Malaysia: Tolong Tunaikan Hak Rakyat Kelantan

Kini saudara, rakyat di DUN Manek Urai (MU versi Malaysia) telah pun memilih siapa wakil rakyat mereka. PAS berjaya mempertahankan kerusi tersebut walaupun menang tipis dengan hanya 65 undi majoriti. Walau apa pun mengikut adat demokrasi, siapa yang dapat majoriti, maka dialah yang menang walaupun kelebihan hanya dengan satu undi.

Sepanjang kempen pilihan kecil ini saudara, pihak Pakatan Rakyat yang diwakili PAS telah mengangkat satu isu yang agak eksklusif iaitu mengenai tuntutan royalty minyak sebanyak 1 bilion oleh Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Kerajaan Pusat yang kini popular dengan slogan 1 Malaysia.

negeri-kelantan

Apa punca tuntutan ini saudara, dan apakah benar Kelantan ( negeri yang dimomokkan sebagai mundur dan miskin) hari ini merupakan negeri pengeluar minyak seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak?

agenda108-3

Berikutan itu saudara, aku cuba mencari fakta, hujah dan bukti yang menunjukkan kebenaran asas tuntutan tersebut. Akhirnya aku berjaya temui dalam akhbar Harakah Bil. 1452, 1455 dan 1456. (setelah tiada di dedahkan dalam semua akhbar arus perdana apatah lagi dalam Buletin Utama atau Warta Perdana).

Antara faktanya ialah:

Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industry petroleum di Negara sejak tahun 2004.

v  Nilai pertumbuhan industry petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5% berbanding Sarawak 37.5%.

v  Nilai output atau pengeluaran bagi 3 negeri tadi sebanyak RM46.8 bilion berbanding Sarawak RM14 bilion.

Laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009 menyebut Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi negeri Kelantan dalam sector perlombongan meningkat secara mendadak sebanyak 22.4% (sedangkan sebelum ini sector tersebut menyumbang hanya 1%).

market

Tapi ada yang berhujah Kelantan tak layak tuntut royalty sebab lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam, maka di sini ada jawapannya:

v  Mengikut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990, yang mana dalam akta tersebut sudah ada peruntukan untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat dan akta tersebut juga tidak menafikan pembayaran royalty kepada mana2 pihak termasuklah kepada Kelantan

v      Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama carigali minyak di kawasan berkenaan. Kawasan Malaysia-Vietnam dikenali sebagai Malaysia-Vietnam Commercial Area Agreement (CAA).

v  Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman pada tahun 1979 di kawasan pembangunan utama atau Joint Development Area (JDA).

Jarak Kota Bharu dengan pusat JDA [kawasan minyak] adalah paling dekat iaitu 150km berbanding Songkhla 260km dan Pattani 180km.

v  Sekiranya pelantar tersebut milik Thailand, mengapa nama pelantar diberi nama melayu seperti  Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen.

Kawasan PM301 merupakan blok yang berada dalam perairan Kelantan dan bakal memulakan pengeluaran pada tahun 2012.

malaysia-JDA

Setelah penat lelah Petronas (badan bertanggungjawab mewakili Malaysia) cari gali minyak selama ini. Perlukah Petronas membayar royalty kepada Kelantan. Baik saudara, mari kita selidik hujah di bawah:

v  Pada 9 Mei 1975, MB Kelantan ketika itu Dato’ Mohamed Nasir menandatangani perjanjian dengan Petronas yang waktu itu diwakili pengerusinya iaitu YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah (Ku Li, MP Gua Musang sekarang).

v  Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1(1) yang berbunyi, “Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan”.

telaga-minyak-semenjanjung

Demikianlah saudara, antara hujah-hujah asas yang menyebabkan Kerajaan Kelantan menuntut pembayaran hak royalty tersebut untuk pembangunan rakyat Kelantan. Jangan kerana mereka berbeza warna politik, menyebabkan mereka dianaktirikan seolah-olah Kelantan dan rakyatnya bukan sebahagian daripada Malaysia. Jadi sempena musim 1 Malaysia ini, realisasikanlah dan kembalikanlah hak rakyat Kelantan. Jangan sampai konsep 1 Malaysia hanya sekadar retorik kosong atau propaganda busuk bagi mengaburi mata rakyat.

Jika tidak, 1 Malaysia bakal ditongsampahkan oleh rakyat seperti konsep Islam Hadhari yang lenyap tanpa pusara.

Senyum =)

‘Mulakan harimu dengan senyuman. Pasti seluruh harimu akan ceria’.

Smiley Face

Demikianlah kata-kata seorang pakar motivasi yang pernah aku dengar. Apabila dipraktikan dalam reality, ada sedikit rasa perubahan dalam diri untuk kelihatan ceria, rasa ceria dan menjadi ceria (tak tau la kalau syok sendiri pulak).

Andaikata hari tu, pagi-pagi dah rasa bad mood, maka aku nasihatkan cepat-cepatlah senyum. Senyum kepada rakan, kepada mak, ayah kalau kat rumah, kepada jiran, kepada isteri (kalau ada la) dan yang paling penting jangan senyum sorang-sorang. (nanti lain pulak jadinya kalau orang nampak hehe).

senyumlah

Tapi aku kadang-kadang lepas bangun tidur, kalau tak lupa, aku akan senyum (bukannya memasamkan muka sebab tak cukup tidur hehe). Sebab apa senyum ni saudara?

ko sorang je masam muka hehe

Bila kita senyum, bagi aku, ia memberi satu semangat kepada kita. Semangat bahawa aku hari ini mahu sesuatu yang lebih baik daripada semalam. Untuk menjadikan sesuatu kerja yang kita lakukan itu berkualiti dan lebih baik, maka kita perlu seronok untuk melakukannya. Apa jadi kalau kita bosan dengan kerja tu, maka sudah pasti hasilnya ala kadar sahaja sebab tiada kesungguhan.

Jadi pencetus kepada keseronokan itu antaranya dengan seukir senyuman. Dengan senyuman, kita akan lebih ceria dan orang yang kita senyum kat dia pun turut akan ceria. Sebab itu dalam Islam, antara cara untuk bersedekah (selain daripada menghulurkan bantuan atau menghilangkan benda menghalang laluan) adalah juga melalui senyuman. Orang miskin yang terlantar akan ceria, seronok, kalau orang kaya jutawan beri sedekah wang kepadanya. Begitulah halnya dengan sedekah senyuman, kita pasti akan gembira dan ceria kalau ramai yang senyum kepada kita kan. Tak kiralah apa bangsa, agama, warna kulit, bahasa sekalipun, manusia akan rasa seronok, rasa seolah dihargai, rasa seperti dihormati apabila diberi ‘hadiah senyuman’.

comelnya senyum

Bila namanya bersedekah, pasti ada pahalanya. Takkan kita nak bermasam muka lagi, senyumlah, akan dapatlah ganjaran tersebut di sisi Allah.

Tapi kalau senyum-senyum nak mengorat tu saudara, aku tak tau la apa makna tersirat tu (aik! macam pernah buat jer). Yang penting saudara, kita ikhlas untuk jaga hubungan sesama manusia ini sebaik mungkin. Biar orang lain rasa senang dan tenang bila berkawan dan bergaul dengan kita. Ada juga yang menyatakan senyum ini awet muda. Yang ini perlu ada bukti kajianlah. Tetapi, hakikatnya senyum ini bukanlah sesuatu yang menyakitkan tetapi sebenarnya sesuatu penawar.

smile

Oleh itu, ayuh saudara kita jadikan senyum ini sebagai satu agenda perubahan dalam hidup kita. Kalau sebelum ini kita sering masam mencuka setiap pagi, apa kata selepas ini kita mulakan harapan baru di hari baru dengan senyuman. Tak rugilah kalau kita ini pemurah dalam memberi senyuman (jangan over dah ler). Apatah lagi kalau di’amali’kannya dalam hubungan kekeluargaan, sudah pasti keluarga kita akan lebih mesra dan bahagia, InsyaAllah. Dalam duduk syok senyum tu saudara, jangan terlepas pula kefardhuan kita di pagi hari. Tunaikan lah solat SUBUH tu dan luangkanlah sedikit masa untuk membaca Al-Quran. Dengan izin Allah, kalau beginilah permulaan harinya, pasti tenang dan cerialah hidup kita sebagai MUSLIM sepanjang hari. Cubalah… try tengok.

funny-pictures-tiger-has-a-killer-smile

Bukan Dirimu

Bukan dirimu yang ku idamkan

Walaupun ku terpegun memandangmu

Bukan dirimu yang ingin ku rebut

Sedangkanmu sudah ada pemiliknya

Bukan dirimu yang ku sayang

Kerna sayang padamu, sengsara bagiku

Bukan dirimu cinta teragungku

Walau hatiku sudah lama terbuka

Bukan dirimu tempat ku mengadu

Sebab keluh resahku sudah ada yang tahu

Bukan dirimu ku bergantung hidup

Hidupku ini hanya pada yang Satu

Bukan dirimu ku tak sudi

Cuma ku curigai perangkap dustamu

Bukan dirimu segala-galanya

Tapi segalanya memerlukanmu

Bukan dirimu jua harapan ku sebenar

Hakikatnya akulah harapanmu

Dimanakah dirimu?

Ya, dirimu hadir di segenap hidupku

Siapakah dirimu?

Kamulah dunia

Teratak uzur persinggahanku

Gombak 290609

Kini dah KEMBALI

Dah lama rasanya tidak menulis. Maklumlah, sibuk memfokuskan diri terhadap latihan industri selama hampir 7 minggu di Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Sungai Buloh. Kalau ditanya seronok atau tidak berpraktikal ni, maka jawabnya ‘iya’(walaupun agak tension dua minggu akhir sebab kena siapkan laporan kajian huhu).

Semenjak kehilangan ‘buah hati tersayang’(baca lap top), ‘mood’ nak menulis pun rasa sedikit terhalang. Walau apa pun, perjuangan hidup harus diteruskan dan yang hilang, tak lama lagi, InsyaAllah adalah penggantinya.

bark sample

Kenapa seronok berpraktikal saudara?

Jawabnya, sebab kita dapat satu pengalaman baru. Daripada budaya belajar kepada budaya bekerja. Teringat pulak kata-kata seorang sahabat aku ni, katanya, “kalau belajar, kita akan diuji dan dinilai dalam masa-masa tertentu (exam atau test la) tetapi kalau bekerja, potensi dan usaha kita akan dinilai setiap masa. Bagi aku, ini tidak semestinya. Ketika bekerja terutama kita yang masih mentah, banyak yang perlu kita tahu, pelajari dan buat dalam satu masa.

in FAA solution

Bukan sekadar belajar dan tahu tentang tugasan yang diberikan, bahkan saudara kita perlu tahu bagaimana untuk berkomunikasi dan bekerja dengan rakan sekerja kita. Kalau di universiti, mungkin rakan sekuliah sebaya dengan kita. Tetapi, di alam perkerjaan, rakan sekerja kita tu boleh jadi sebaya dengan bapa kita atau seusia dengan abang atau kakak kita.

Jadi corak pergaulan kita dengan sendiri perlu berubah. Tak kan kita nak bercakap dengan pakcik yang dah nak pencen seperti kita bercakap dengan kawan-kawan kita kan. Begitulah maksud aku.

arang batu selangor

Satu lagi, setiap tugasan yang diberikan selalunya diberikan satu tempoh masa untuk disiapkan. Bagaimana nak buat, nak siapkan, pandai-pandailah sendiri. Mereka bukanlah para pensyarah atau guru yang akan menerangkan satu-persatu, pada mereka, seolah-olahnya, kita ni dah tahu buat semua tugasan tersebut. Kalau adapun sesi penerangan atau demo, ia cukup untuk sekali saja. Inilah cabaran yang ada. Kadang-kadang kita tidak dinilai berdasarkan banyak mana kita buat kerja, tapi dinilai melalui laporan yang kita siapkan. Macam dalam kes aku ni.

in parafin wax

sectioning process

Sepanjang latihan industri ni, aku dan seorang senior ni ditugaskan oleh pihak UDM dan LGM sendiri untuk menyediakan ratusan specimen slides (banyak oi) untuk mengkaji anatomi pada Salak ovary, Nipah callus, Pisang Tanduk young shoot, Jatropha seeds, Ubi Gadong stem, Mas Cotek leaf, petiole, fruit dan Hevea (pokok getah) bark and leaf. Kalau nak dikira sibuk, memang sibuk la. Tapi, bukan sibuk itu yang dinilai, tapi hasil laporan kajian (report) yang kita buat termasuklah pembentangan hasil kajian di hari akhir latihan.

Mahu tak mahu, report harus disiapkan dan dihantar pada tarikhnya. Alhamdulillah, segala tugasan dan laporan itu berjaya juga disiapkan (ikhlas kata; antara bekerja dengan buat report, penat lagi buat report tau). Dan aku juga sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang penyelidik sebenarnya. Banyak eksperimen, rujukan dan bacaan perlu diteliti dan dilakukan dalam usaha menyiapkan sesuatu kajian. Kalau eksperimen pertama tidak menjadi, kita akan dipersoalkan sebab apa tidak menjadi dan disuruh ulang semula. Tapi syukurlah, dalam kes aku ni tak der pengulangan sebab terlalu banyak sample yang perlu disiapkan dalam tempoh yang amat singkat. Kalau suruh ulang lah, tak balik la aku jawabnya hehe.

on slide

Aku dan rakan selatihan sebenarnya mempunyai misi khas (macam Mission Impossible gak la) untuk mengetahui selok-belok penyediaan sample dan penggunaan Electron Microscop (EM). UDM menyediakan sample citrus (limau) yang dijangkiti sejenis virus (bukan virus selesema babi tau, tapi virus penyebab penyakit greening). Jadi projeknya nak ‘observe’ virus tu pada sample limau tersebut. Sedihnya, tak sempat nak buat kerana kesuntukan waktu.

dari kiri: aku,En.saiful,Dr. Shamsul,En.Dorahman dan Haikma

Walaubagaimanapun saudara, latihan industri ini sebenarnya membuka satu lembaran baru dalam sebuah catitan pengalaman aku. Pengalaman yang sukar dicari kerana tingginya nilai dan harganya bagi sesebuah kehidupan. Bak kata Spring, ‘pengalaman yang telah mendewasakan, mematangkan fikiran, pahit getir yang pernah dilalui guruku sejati…’ apapun, aku ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku dalam latihan industri kali ini. Mudahan Allah membalas jasa baik kalian.