Kini dah KEMBALI

Dah lama rasanya tidak menulis. Maklumlah, sibuk memfokuskan diri terhadap latihan industri selama hampir 7 minggu di Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Sungai Buloh. Kalau ditanya seronok atau tidak berpraktikal ni, maka jawabnya ‘iya’(walaupun agak tension dua minggu akhir sebab kena siapkan laporan kajian huhu).

Semenjak kehilangan ‘buah hati tersayang’(baca lap top), ‘mood’ nak menulis pun rasa sedikit terhalang. Walau apa pun, perjuangan hidup harus diteruskan dan yang hilang, tak lama lagi, InsyaAllah adalah penggantinya.

bark sample

Kenapa seronok berpraktikal saudara?

Jawabnya, sebab kita dapat satu pengalaman baru. Daripada budaya belajar kepada budaya bekerja. Teringat pulak kata-kata seorang sahabat aku ni, katanya, “kalau belajar, kita akan diuji dan dinilai dalam masa-masa tertentu (exam atau test la) tetapi kalau bekerja, potensi dan usaha kita akan dinilai setiap masa. Bagi aku, ini tidak semestinya. Ketika bekerja terutama kita yang masih mentah, banyak yang perlu kita tahu, pelajari dan buat dalam satu masa.

in FAA solution

Bukan sekadar belajar dan tahu tentang tugasan yang diberikan, bahkan saudara kita perlu tahu bagaimana untuk berkomunikasi dan bekerja dengan rakan sekerja kita. Kalau di universiti, mungkin rakan sekuliah sebaya dengan kita. Tetapi, di alam perkerjaan, rakan sekerja kita tu boleh jadi sebaya dengan bapa kita atau seusia dengan abang atau kakak kita.

Jadi corak pergaulan kita dengan sendiri perlu berubah. Tak kan kita nak bercakap dengan pakcik yang dah nak pencen seperti kita bercakap dengan kawan-kawan kita kan. Begitulah maksud aku.

arang batu selangor

Satu lagi, setiap tugasan yang diberikan selalunya diberikan satu tempoh masa untuk disiapkan. Bagaimana nak buat, nak siapkan, pandai-pandailah sendiri. Mereka bukanlah para pensyarah atau guru yang akan menerangkan satu-persatu, pada mereka, seolah-olahnya, kita ni dah tahu buat semua tugasan tersebut. Kalau adapun sesi penerangan atau demo, ia cukup untuk sekali saja. Inilah cabaran yang ada. Kadang-kadang kita tidak dinilai berdasarkan banyak mana kita buat kerja, tapi dinilai melalui laporan yang kita siapkan. Macam dalam kes aku ni.

in parafin wax

sectioning process

Sepanjang latihan industri ni, aku dan seorang senior ni ditugaskan oleh pihak UDM dan LGM sendiri untuk menyediakan ratusan specimen slides (banyak oi) untuk mengkaji anatomi pada Salak ovary, Nipah callus, Pisang Tanduk young shoot, Jatropha seeds, Ubi Gadong stem, Mas Cotek leaf, petiole, fruit dan Hevea (pokok getah) bark and leaf. Kalau nak dikira sibuk, memang sibuk la. Tapi, bukan sibuk itu yang dinilai, tapi hasil laporan kajian (report) yang kita buat termasuklah pembentangan hasil kajian di hari akhir latihan.

Mahu tak mahu, report harus disiapkan dan dihantar pada tarikhnya. Alhamdulillah, segala tugasan dan laporan itu berjaya juga disiapkan (ikhlas kata; antara bekerja dengan buat report, penat lagi buat report tau). Dan aku juga sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang penyelidik sebenarnya. Banyak eksperimen, rujukan dan bacaan perlu diteliti dan dilakukan dalam usaha menyiapkan sesuatu kajian. Kalau eksperimen pertama tidak menjadi, kita akan dipersoalkan sebab apa tidak menjadi dan disuruh ulang semula. Tapi syukurlah, dalam kes aku ni tak der pengulangan sebab terlalu banyak sample yang perlu disiapkan dalam tempoh yang amat singkat. Kalau suruh ulang lah, tak balik la aku jawabnya hehe.

on slide

Aku dan rakan selatihan sebenarnya mempunyai misi khas (macam Mission Impossible gak la) untuk mengetahui selok-belok penyediaan sample dan penggunaan Electron Microscop (EM). UDM menyediakan sample citrus (limau) yang dijangkiti sejenis virus (bukan virus selesema babi tau, tapi virus penyebab penyakit greening). Jadi projeknya nak ‘observe’ virus tu pada sample limau tersebut. Sedihnya, tak sempat nak buat kerana kesuntukan waktu.

dari kiri: aku,En.saiful,Dr. Shamsul,En.Dorahman dan Haikma

Walaubagaimanapun saudara, latihan industri ini sebenarnya membuka satu lembaran baru dalam sebuah catitan pengalaman aku. Pengalaman yang sukar dicari kerana tingginya nilai dan harganya bagi sesebuah kehidupan. Bak kata Spring, ‘pengalaman yang telah mendewasakan, mematangkan fikiran, pahit getir yang pernah dilalui guruku sejati…’ apapun, aku ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku dalam latihan industri kali ini. Mudahan Allah membalas jasa baik kalian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s