1 Malaysia: Tolong Tunaikan Hak Rakyat Kelantan

Kini saudara, rakyat di DUN Manek Urai (MU versi Malaysia) telah pun memilih siapa wakil rakyat mereka. PAS berjaya mempertahankan kerusi tersebut walaupun menang tipis dengan hanya 65 undi majoriti. Walau apa pun mengikut adat demokrasi, siapa yang dapat majoriti, maka dialah yang menang walaupun kelebihan hanya dengan satu undi.

Sepanjang kempen pilihan kecil ini saudara, pihak Pakatan Rakyat yang diwakili PAS telah mengangkat satu isu yang agak eksklusif iaitu mengenai tuntutan royalty minyak sebanyak 1 bilion oleh Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Kerajaan Pusat yang kini popular dengan slogan 1 Malaysia.

negeri-kelantan

Apa punca tuntutan ini saudara, dan apakah benar Kelantan ( negeri yang dimomokkan sebagai mundur dan miskin) hari ini merupakan negeri pengeluar minyak seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak?

agenda108-3

Berikutan itu saudara, aku cuba mencari fakta, hujah dan bukti yang menunjukkan kebenaran asas tuntutan tersebut. Akhirnya aku berjaya temui dalam akhbar Harakah Bil. 1452, 1455 dan 1456. (setelah tiada di dedahkan dalam semua akhbar arus perdana apatah lagi dalam Buletin Utama atau Warta Perdana).

Antara faktanya ialah:

Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industry petroleum di Negara sejak tahun 2004.

v  Nilai pertumbuhan industry petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5% berbanding Sarawak 37.5%.

v  Nilai output atau pengeluaran bagi 3 negeri tadi sebanyak RM46.8 bilion berbanding Sarawak RM14 bilion.

Laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009 menyebut Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi negeri Kelantan dalam sector perlombongan meningkat secara mendadak sebanyak 22.4% (sedangkan sebelum ini sector tersebut menyumbang hanya 1%).

market

Tapi ada yang berhujah Kelantan tak layak tuntut royalty sebab lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam, maka di sini ada jawapannya:

v  Mengikut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990, yang mana dalam akta tersebut sudah ada peruntukan untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat dan akta tersebut juga tidak menafikan pembayaran royalty kepada mana2 pihak termasuklah kepada Kelantan

v      Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama carigali minyak di kawasan berkenaan. Kawasan Malaysia-Vietnam dikenali sebagai Malaysia-Vietnam Commercial Area Agreement (CAA).

v  Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman pada tahun 1979 di kawasan pembangunan utama atau Joint Development Area (JDA).

Jarak Kota Bharu dengan pusat JDA [kawasan minyak] adalah paling dekat iaitu 150km berbanding Songkhla 260km dan Pattani 180km.

v  Sekiranya pelantar tersebut milik Thailand, mengapa nama pelantar diberi nama melayu seperti  Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen.

Kawasan PM301 merupakan blok yang berada dalam perairan Kelantan dan bakal memulakan pengeluaran pada tahun 2012.

malaysia-JDA

Setelah penat lelah Petronas (badan bertanggungjawab mewakili Malaysia) cari gali minyak selama ini. Perlukah Petronas membayar royalty kepada Kelantan. Baik saudara, mari kita selidik hujah di bawah:

v  Pada 9 Mei 1975, MB Kelantan ketika itu Dato’ Mohamed Nasir menandatangani perjanjian dengan Petronas yang waktu itu diwakili pengerusinya iaitu YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah (Ku Li, MP Gua Musang sekarang).

v  Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1(1) yang berbunyi, “Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan”.

telaga-minyak-semenjanjung

Demikianlah saudara, antara hujah-hujah asas yang menyebabkan Kerajaan Kelantan menuntut pembayaran hak royalty tersebut untuk pembangunan rakyat Kelantan. Jangan kerana mereka berbeza warna politik, menyebabkan mereka dianaktirikan seolah-olah Kelantan dan rakyatnya bukan sebahagian daripada Malaysia. Jadi sempena musim 1 Malaysia ini, realisasikanlah dan kembalikanlah hak rakyat Kelantan. Jangan sampai konsep 1 Malaysia hanya sekadar retorik kosong atau propaganda busuk bagi mengaburi mata rakyat.

Jika tidak, 1 Malaysia bakal ditongsampahkan oleh rakyat seperti konsep Islam Hadhari yang lenyap tanpa pusara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s