MERDEKA

Pada tahun (2009) ini saudara, kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dalam bulan yang penuh barakah. Bulan yang mana kehadirannya dinanti dan dihayati tetapi perginya nanti ditangisi dan dirindui. Itulah Ramadhan, yang disifatkan oleh alim ulama sebagai bulan tarbiah ruhiyyah  atau bulan pendidikan roh.

Sambutan kali ini agak berlainan (nampak Islamik je). Aku berkesempatan untuk menyambutnya dalam satu program bersama MB Terengganu di Masjid Tengku Zaharah di Kuala Ibai. Dalam program tersebut, antara pengisiannya adalah bacaan Yassin, tahlil arwah, solat hajat dan iftar (tak makan pun sebab makanan dah habis) disusuli dengan solat terawih seperti biasa.

malaysia-bendera-jalur-gemilang

Malam itu saudara, tiada percikan bunga api (selamat duit rakyat kan), tiada konsert, tiada aktiviti-aktiviti yang biasa dibuat di ambang kemerdekaan. Cuma ada, wujud segelintir belia harapan bangsa yang cuba membuktikan jiwa patriotiknya dengan melepak (sambil menunggu detik 12 malam), berbasikal ramai-ramai (sampai langgar traffic light merah) dan tidak ketinggalan sekumpulan rempit yang merempit sambil mengibar Jalur Gemilang (Wah patriotiknya).

i luv malaysia

Saudara, dua suasana yang dilihat tadi merupakan dua perkara yang kontradiks. Seolah-olah wujud dua corak pemahaman dan penghayatan tentang erti dan konsep sebuah kemerdekaan. Ada yang meraikan dalam keadaan tawadhuk dan  penuh kesyukuran kepada Illahi  sedangkan ada yang meraikan dalam melakukan apa sahaja sebebas-bebasnya kononnya itulah cerminan sebuah bangsa yang merdeka.

Oleh itu saudara, apa erti kemerdekaan kepada kita. Apa dia merdeka yang dikatakan merdeka.

merdeka

Kalau kita faham merdeka dengan mengatakan bahawa penjajah sudah tiada, itu baru merdeka dari sudut fizikal sahaja. Sedangkan dalam Islam, merdeka itu menuntut kemerdekaan dan kebebasan manusia secara menyeluruh iaitu meliputi fizikalnya, pemikirannya dan spiritualnya.

Seorang manusia seharusnya merdeka dan bebas dari sebarang bentuk penghambaan kepada manusia lain dan juga kepada kongkongan hawa nafsu yang tamakan harta, pangkat dan wanita. Sebab itu sebagai Muslim, kita hanya menjadi hamba kepada Allah. Sebab apa? Sebab Allah lah yang menjadikan dan menciptakan kita.

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu” (surah adz- Zariyat 51:56).

Dah tahu kita ini sebagai hambaNya, maka saudara, apa yang harus kita lakukan?

Firman Allah dalam surah Al-baqarah, pada ayat 208 ada menukilkan satu seruan kepada orang beriman supaya masuk (yakni menghayati dan mengamalkan) Islam seluruhnya.

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya dan jangan kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata” (surah al-Baqarah 2:208)

Inilah dia saudara, indikator sebenar kemerdekaan dalam Islam. Apakah kita sudah dikira merdeka dan bebas sedangkan kita masih belum merdeka dan bebas untuk mempraktikan, mengamalkan dan melaksanakan Islam  sepenuhnya walaupun kita sudah punyai kuasa dan kedudukan. Kalau kita masih takut, bimbang atau teragak-agak mahu kepada Islam, merdekakah kita sebenarnya.

merdekaaa

Minority Islam di Negara bukan Islam agak terhad untuk melaksanakan islam dalam kehidupan mereka. Ada diantara mereka menerima pelbagai tekanan dan sekatan dalam usaha mereka nak mempraktikan islam iaitu agama yang mereka anuti (di mana letaknya apa yang disebut sebagai kebebasan beragama di sana). Walaubagaimanapun, isu atau perkara ini sering berlaku apabila yang memerintah dan yang memimpin itu adalah orang bukan Islam (tidak semua la).

Tetapi saudara, kalau yang memerintah dan yang memimpin itu orang Islam, tetapi umat Islam masih ditekan, diugut, ditahan dan dihalang untuk melaksanakan Islam itu dalam erti kata yang sebenarnya, maka inikah harga sebuah kemerdekaan yang dibanggakan. Namun, realiti inilah yang berlaku dalam kebanyakan Negara islam yang mengaku sudah mengecapi kemerdekaan puluhan tahun. Kita masih belum benar-benar merdeka dan bebas selagi mana kita gagal untuk mengimplimentasikan Islam itu selengkapnya dari sudut politik, ekonomi, pendidikan, perundangan, dasar sosial dan kepimpinan tanpa menafikan hak beragama penganut lain.

love-islam

Barangkali ada yang berdalih. Katanya tak boleh nak laksana Islam sebab kita ni berbilang bangsa, berbilang agama. Mesti mereka ini akan menolak Islam. Tetapi saudara sedarkah kita, kalaupun mereka menolak, adakah penolakan itu setelah mereka dijelaskan dan difahamkan mereka tentang konsep dan dasar Islam dalam pemerintahan bernegara? Satu persoalan yang perlu direnungi bersama.

Sebab itu saudara, usaha mendapatkan kemerdekaan ini sudah pun diusahakan oleh generasi sebelum ini. Maka generasi hari ini harus punyai rasa pertanggungjawaban bagi mengisi kemerdekaan yang dinikmati dengan nilai-nilai yang positif. Alangkah indahnya saudara, kalau pengisian itu dipenuhi dengan dasar dan prinsip ISLAM yang bersifat universal dan komprehensif. Mahukah saudara?