MERDEKA

Pada tahun (2009) ini saudara, kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dalam bulan yang penuh barakah. Bulan yang mana kehadirannya dinanti dan dihayati tetapi perginya nanti ditangisi dan dirindui. Itulah Ramadhan, yang disifatkan oleh alim ulama sebagai bulan tarbiah ruhiyyah  atau bulan pendidikan roh.

Sambutan kali ini agak berlainan (nampak Islamik je). Aku berkesempatan untuk menyambutnya dalam satu program bersama MB Terengganu di Masjid Tengku Zaharah di Kuala Ibai. Dalam program tersebut, antara pengisiannya adalah bacaan Yassin, tahlil arwah, solat hajat dan iftar (tak makan pun sebab makanan dah habis) disusuli dengan solat terawih seperti biasa.

malaysia-bendera-jalur-gemilang

Malam itu saudara, tiada percikan bunga api (selamat duit rakyat kan), tiada konsert, tiada aktiviti-aktiviti yang biasa dibuat di ambang kemerdekaan. Cuma ada, wujud segelintir belia harapan bangsa yang cuba membuktikan jiwa patriotiknya dengan melepak (sambil menunggu detik 12 malam), berbasikal ramai-ramai (sampai langgar traffic light merah) dan tidak ketinggalan sekumpulan rempit yang merempit sambil mengibar Jalur Gemilang (Wah patriotiknya).

i luv malaysia

Saudara, dua suasana yang dilihat tadi merupakan dua perkara yang kontradiks. Seolah-olah wujud dua corak pemahaman dan penghayatan tentang erti dan konsep sebuah kemerdekaan. Ada yang meraikan dalam keadaan tawadhuk dan  penuh kesyukuran kepada Illahi  sedangkan ada yang meraikan dalam melakukan apa sahaja sebebas-bebasnya kononnya itulah cerminan sebuah bangsa yang merdeka.

Oleh itu saudara, apa erti kemerdekaan kepada kita. Apa dia merdeka yang dikatakan merdeka.

merdeka

Kalau kita faham merdeka dengan mengatakan bahawa penjajah sudah tiada, itu baru merdeka dari sudut fizikal sahaja. Sedangkan dalam Islam, merdeka itu menuntut kemerdekaan dan kebebasan manusia secara menyeluruh iaitu meliputi fizikalnya, pemikirannya dan spiritualnya.

Seorang manusia seharusnya merdeka dan bebas dari sebarang bentuk penghambaan kepada manusia lain dan juga kepada kongkongan hawa nafsu yang tamakan harta, pangkat dan wanita. Sebab itu sebagai Muslim, kita hanya menjadi hamba kepada Allah. Sebab apa? Sebab Allah lah yang menjadikan dan menciptakan kita.

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu” (surah adz- Zariyat 51:56).

Dah tahu kita ini sebagai hambaNya, maka saudara, apa yang harus kita lakukan?

Firman Allah dalam surah Al-baqarah, pada ayat 208 ada menukilkan satu seruan kepada orang beriman supaya masuk (yakni menghayati dan mengamalkan) Islam seluruhnya.

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya dan jangan kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata” (surah al-Baqarah 2:208)

Inilah dia saudara, indikator sebenar kemerdekaan dalam Islam. Apakah kita sudah dikira merdeka dan bebas sedangkan kita masih belum merdeka dan bebas untuk mempraktikan, mengamalkan dan melaksanakan Islam  sepenuhnya walaupun kita sudah punyai kuasa dan kedudukan. Kalau kita masih takut, bimbang atau teragak-agak mahu kepada Islam, merdekakah kita sebenarnya.

merdekaaa

Minority Islam di Negara bukan Islam agak terhad untuk melaksanakan islam dalam kehidupan mereka. Ada diantara mereka menerima pelbagai tekanan dan sekatan dalam usaha mereka nak mempraktikan islam iaitu agama yang mereka anuti (di mana letaknya apa yang disebut sebagai kebebasan beragama di sana). Walaubagaimanapun, isu atau perkara ini sering berlaku apabila yang memerintah dan yang memimpin itu adalah orang bukan Islam (tidak semua la).

Tetapi saudara, kalau yang memerintah dan yang memimpin itu orang Islam, tetapi umat Islam masih ditekan, diugut, ditahan dan dihalang untuk melaksanakan Islam itu dalam erti kata yang sebenarnya, maka inikah harga sebuah kemerdekaan yang dibanggakan. Namun, realiti inilah yang berlaku dalam kebanyakan Negara islam yang mengaku sudah mengecapi kemerdekaan puluhan tahun. Kita masih belum benar-benar merdeka dan bebas selagi mana kita gagal untuk mengimplimentasikan Islam itu selengkapnya dari sudut politik, ekonomi, pendidikan, perundangan, dasar sosial dan kepimpinan tanpa menafikan hak beragama penganut lain.

love-islam

Barangkali ada yang berdalih. Katanya tak boleh nak laksana Islam sebab kita ni berbilang bangsa, berbilang agama. Mesti mereka ini akan menolak Islam. Tetapi saudara sedarkah kita, kalaupun mereka menolak, adakah penolakan itu setelah mereka dijelaskan dan difahamkan mereka tentang konsep dan dasar Islam dalam pemerintahan bernegara? Satu persoalan yang perlu direnungi bersama.

Sebab itu saudara, usaha mendapatkan kemerdekaan ini sudah pun diusahakan oleh generasi sebelum ini. Maka generasi hari ini harus punyai rasa pertanggungjawaban bagi mengisi kemerdekaan yang dinikmati dengan nilai-nilai yang positif. Alangkah indahnya saudara, kalau pengisian itu dipenuhi dengan dasar dan prinsip ISLAM yang bersifat universal dan komprehensif. Mahukah saudara?

7 Comments

  1. salam sahabat..alhamdulillah..kita sudah 52 tahun merdeka..erti merdeka memg meluas sehingga kita kadang2 terlupa bagaimana ia dicapai…kita bekorban darah, wang ringgit, tenaga, harta benda demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara…ISLAM…
    ya…..generasi muda bagaikan alpa dengan peristiwa kita tuntut kemerdekaan..sebenarnya kita sering “dipupuk’ mengenai semangat nasionalis tapi sebenarnya ‘initiator’ golongan cendekiawan melayu islam yang mula2 mencetuskan usaha ke arah kemerdekaan..
    cube renung tokoh2 seperti allahyarham datuk Tun Abdullah BAdawi yakni , Abdullah Fahim pengasas sekolah ‘pasentran’ di Pulau Pinang…beliau yang mencadangkan tarikh kemerdekaan ini kepada Tuanku Abdul Rahman untuk mohon kemerdekaan itu sebelum Tuanku berjumpa dengn Queen owg putih tu.. (RATU ELIZABETH)…tapi Malaysia seperti tidak mahu ketengahkan golongan ulama dalam kita menghayati erti ‘kemerdekaan’ sebenar…
    InsyaAllah..benar katamu sahabat..berkata benar walaupun ia tidak benar…saya belajar semua ini..kejahilan berada di mana-mana..ia musuh paling bahaya tapi sentiasa tidak ‘tonjolkan’ diri mereka.
    Akhir kalam..semailah semangat kemerdekaan mengikut syariat Islam..InsyaAllah.. Allah sentiasa mengetahui apa yang tersirat dalam hati kita. Teruskan coretan dan ideamu sahabat..

    • wsalam ya akhi..terima kasih di atas comment saudara..berkata benar walau tidak dibenar..ya bukan mudah nak sampaikan kebenaran kan..kebenaran itu ada kalanya perlu menempuh satu perjalanan yang penuh ranjau..kerana kebenaran kita diugut..kita dimusuhi..kita ditekan..tapi itu semua fitrah dalam perjuangan..semoga kebenaran yang kita perjuangkan mendapat petunjuk & redha dari Allah swt..

  2. salam…sbentr lgi detik 12.00 tgAh mlm…Detik tulah yg d’tgu stiap kli tbe og0s…akn ttp whai saudre skalian ,msih t’dpt jge sgelintr mNusia yg msih kolot pngethuan dlm erti sbnA MERDEKA ….
    whai saudre ku ….bke lah mte ,lApngkn lah dada jgn hny ske mNgtekn atw mNyalahkn org len klo diri sndri 2 xbtol…
    whai saudre ku…igt!! ISLAM bkn utk d’politikan sblkny d’praktikn…

  3. Pingback: 2010 in review by Wordpress « cangkulhijau blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s