Jangan Mengalah

Terlebih dahulu maaf di atas kelewatan mengulas isu ini. Pada mulanya saudara, aku tidak mahu mengulasnya, tetapi setelah berfikir panjang, maka dicoretlah sedikit perkongsian tentang apa yang aku lihat walaupun agak sibuk kebelakangan ini.

Satu Malaysia telah maklum akan kemenangan berganda BN dalam Pilihan Raya Kecil N31 di Bagan Pinang. Kemenagan Tan Sri Isa Samad telah membuktikan bahawa kepimpinan beliau masih diperlukan pengundi di sana walaupun terpalit dengan kes rasuah.

bagan-pinang-umno

Jadi saudara, mampukah keputusan rakyat di Bagan Pinang ini menjadi penentu keputusan PRU ke-13 nanti dan adakah isu rasuah (atau politik wang) tidak layak untuk dipertimbangkan dalam memilih seorang pemimpin? (biarlah dia rasuah, janji dia mesra dan boleh bagi projek dan pembangunan).

Aku pun tak pasti, apakah yang ada pada Isa sehinggakan rakyat akar umbi beriya-iya mahu beliau diangkat jadi calon (siap buat banner lagi). Aku juga tak faham, mengapa bila ada pilihan untuk memilih sama ada mahukan calon berintegriti atau calon kurang berintegriti, maka majoriti rakyat memilih calon yang kurang berintegriti.

Tetapi itulah realitinya, ketika kita memasang impian untuk melihat Malaysia yang bebas dari pemimpin rasuah, Malaysia yang dipimpin mereka yang bermoral dan berakhlak, Malaysia yang ditadbir dengan telus dan berhemah tanpa bocor, Malaysia yang membaiki kedudukan dalam ranking rasuah tetapi impian itu dilihat semakin jauh tatkala rasuah tidak lagi menjadi penentu kemenangan parti atau calon yang bertanding. Bila mana suara majoriti sudah mengatakan biarpun pernah terlibat rasuah, tetapi jika dia banyak berjasa, mudah mesra, boleh menjanjikan bermacam pembangunan, maka dia akan dipilih untuk menang.

Jom Mengundi

Walau apa pun saudara, usaha kita untuk memerangi rasuah dalam tanah air tercinta ini mesti diteruskan. Kita perlu memahamkan masyarakat apa dia jenayah rasuah dan implikasinya terhadap masa depan negara. Kita tidak mahu rakyat masih lagi terkeliru antara istilah politik wang dan rasuah seperti mana istilah ais dengan air batu. Walau namanya ais atau air batu, ia tetap benda yang sama iaitu air dalam bentuk pepejal. Betul tak?

Aku bukan nak memburukkan sesiapa dalam isu ini, ataupun nak mencantikkan sesiapa tetapi aku hanya nak membuang perkara buruk, jijik dan hina.

Apa dia?

Najis rasuah.

Sebagai muslim, keutamaan kita ialah menyeru kepada kebaikan (amar makruf) dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar). Oleh kerana rasuah atau apa pun istilah yang diberikan, ianya tetap HARAM di dalam Islam. Perkara haram seperti ini mestilah dijauhi dan dihindari bukan sahaja terhadap diri kita, malah juga kepada keluarga dan masyarakat kita.

Ini bukan soal BN atau PAKATAN saudara, tetapi ini soal prinsip. Kita harus punyai pendirian untuk membenci apa-apa jua bentuk rasuah tidak kira sama ada ianya dilakukan oleh BN atau PAKATAN.

logo-sprm

Kalau diimbau sejarah lalu, pernah satu ketika Rasulullah SAW (masa tu baginda pemimpin Negara islam Madinah) mengutuskan seorang sahabat untuk mengutip zakat di satu kawasan. Sekembalinya sahabat tersebut ke Madinah, dia terus berjumpa Rasulullah untuk memberikan hasil pungutan zakat tadi. Ketika agihan dilakukan, sahabat ini memaklumkan bahawa ada bahagian untuk dirinya iaitu hadiah yang diberikan oleh beberapa penduduk. Tatkala mendengar makluman tersebut, lantas Rasulullah berdiri di atas mimbar lalu menegur perbuatan sahabat ini tadi.

Maka di sana saudara telah wujud satu Negara yang bebas rasuah kerana pemimpinnya faham dosa rasuah dan rakyatnya pula difahamkan tentang bahana rasuah. Tapi dalam Satu Malaysia ini ada yang beranggapan bahawa siapa-siapa yang ada kuasa, maka dia akan cenderung untuk rasuah. Di sini aku nak tanya, Rasulullah dan para sahabat pernah juga berkuasa, apakah wujud anasir rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan mereka?

bertemu mesra

Oleh itu saudara, usaha untuk membersihkan nama negara daripada unsur rasuah dan salah guna kuasa perlu diperhebatkan. Saudara lihatlah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 baru-baru ini. Sampai bila dana rakyat mahu terus bocor..bocor dan terus bocor. Saudara boleh muat turun laporan tersebut dalam laman web Jabatan Audit Negara (http://www.audit.gov.my/).

Tatkala itu saudara, jika ada hukuman berat macam mana sekalipun sebenarnya masih tidak mampu mengekang gejala rasuah ini melainkan melalui pendidikan dan penerangan kerana inilah senjata utama untuk kita memupuk kesedaran bagi melawan rasuah. Atas kesedaran itu saudara, maka ajaklah rakan dan kenalan kita untuk sama-sama menjadikan rasuah sebagai musuh nombor satu negara. Biar kalah asal jangan mengalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s