Apa Dia HACCP?

Satu tabiat aku saudara, aku kalau ikut abah pergi pasaraya, sambil2 pilih barang-barang yang hendak dibeli, aku selalunya gemar melihat maklumat tentang sesuatu produk. Yang biasa aku tengok logo halalnya, tarikh luput, pengeluar dan pembuat produk itu dan juga kalau rajin, baca sedikit tentang info nutrisinya.

Dan apabila kita selalu meneliti, maka kita akan perasan bahawa ada juga sesetengah produk itu mendapat logo pengiktirafan sijil GMP (Good Manufacturing Practice). Tetapi saudara, ada satu lagi logo pengiktirafan yang sebilangan kecil produk sahaja yang ada iaitu HACCP.

Jadi, benda apakah HACCP ini?

Maka, bagi mendapatkan jawapan, suatu hari aku pernah bertanya kepada seorang penuntut dalam jurusan teknologi makanan di UDM. Jesteru, jawab dia dalam” sms”:

*“…Hazard Analysis Critical Control Point. npe?.”

Aku tanya lagi, untuk apa benda HACCP ini?

Jawabnya lagi:

*“Mcm nk kwal mutu sstu mkanan r. Dr segi kualiti. Slmat ke x pengguna nk mkn mknan 2. Haccp ni dlakukn dlm process nk jdkn mknan 2.cre kbrshan, nk hlangkn microb cm 2. Kne kwl suhu…”

Aku mengajukan lagi persoalan, apakah susah nak mendapatkannya.

Dia menjawab:

*”Nk dpt haccp ni ssh la. Kne pastikn klang 2 m’cpai piawaian yg dorg ttpkn. Cm klang yakult r. Tmpt process sstu produk, para pekerja.suma kne b’sih dr hbuk, microb2.cm gitu ler yg teman tau…”


Tapi aku masih mahu bertanya, kalau begitu ketat cara pemprosesan produk semata-mata nak mempastikan produk yang dihasilkan itu selamat dan bersih, apakah produk yang tak melepasi haccp ini tidak selamat?

Lalu dia menerangkan lagi:

*“Bkn x slmat ler. Ni tman nk kabo. Ssh bebenor nk dptkn haccp ni, syrkt2 besar yg da tech cggh, da pkr2 nyer.cm yakult 2. Bru ler dpt. 2 pn bru je dorg dpt. Nk cpai piawaian kualiti yg phak haccp ttpkn. Gak ssh ler. Mknan yg xda haccp 2 x smstinya x slamat. Lau x, rmi ler org keracunan…”

Oklah saudara, kita dah dapatkan sedikit gambaran apa yang berkaitan dengan HACCP ini. Apapun, kita sebagai pengguna mesti ambil tahu dan perihatin dalam isu kepenggunaan ini. Sebab, kalau kita lihat hari ini bermacam-macam kes keracunan, pemalsuan logo halal, maklumat nutrisi atau kandungan makanan yang mengelirukan dan sebagainya berlaku. Jadi, sebagai pengguna mahu atau tidak, kita kena faham hak kita sebagai pengguna.

Saudara, aku pernah juga  membaca Buku Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkenaan dengan produk Halal dan Haram. Bagi aku, buku ini sekurang-kurangnya membuka mata dan persepsi kita terhadap apa sebenarnya yang terkandung dalam produk yang didakwa halal itu. Benarkah ianya benar-benar halal menurut syariat? Maka buku tersebut boleh menjawabnya.

Selain halal, kebersihan juga perlu dititik beratkan dalam pemprosesan sesuatu makanan. Sebab itu Islam mengajar kita supaya mencari rezeki yang “Halalan Thoiyibba” yakni yang halal dan baik. Baik dari segi kebersihannya, kandungannya, kualiti dan mutunya.

Bercerita tentang makanan ini saudara, jangan kita tahu makan saja, tetapi alangkah baiknya, kalau sambil2 makan tu tak salah kiranya kita merenung dan memikirkan akan asal usul makanan itu sebelum ia sampai kepada kita. Bukankah Allah menyuruh kita melihat dan berfikir tentang apa yang ada di sebalik makanan yang menjadi rezeki kita itu?(rujuk surah ‘Abasa 80:24) Melalui makanan, manusia kenal akan Tuhannya.

Sebagai kesimpulan, disini aku nyatakan antara kebaikan HACCP terhadap industri makanan dalam Negara kita yang aku ambil dari laman web Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antaranya:

  • Mengurangkan kekerapan pemeriksaan kawalan ke atas premis dan sampel makanan.
  • Memperkukuhkan lagi jaminan keselamatan makanan yang dihasilkan oleh sesebuah premis makanan.
  • Memenuhi keperluan dan kehendak global dalam isu ‘food safety’.
  • Mempromosikan penerimaan produk makanan yang dihasilkan di bawah sistem HACCP sama ada dalam Negara atau luar Negara.
  • Memperkukuhkan potensi pasaran bagi produk yang mendapat pengiktirafan HACCP.

(*di ambil secara terus dari sms)

6 Comments

  1. betul2… HACCP ni memang sukar nak dapatkan. Tapi kalau sesebuah kilang tu dah ader HACCP kita sebagai pengguna x perlu ragu2 lagi akan kehalalan dan keselamatan makanan tersebut. Dijamin 90%. He2 tak sampai 100%. Sekarang tengah praktikal di kilang pertima yang turut ader HACCP n HALAL tu memang praktikkan amalan kebersihan yang baik dan prosedur juga merenyahkan. Kena pakai mask, lab coat, gloves, kasut bot (pinjam UDM nyer), pelapik plastik untuk cover baju yang depan takut kotor sebab nak elakkan kita basuh baju penat2. Setiap kali sebelum n selepas buat kerja mesti sabun n cuci tangan bersih2. Sebelum masuk kilang kena celup kaki (pakai bot) dalam air dulu. mcm2 yang nak kena check safety cm suhu exhausting( alat pemanasan), retort, bilik sejuk, sauces yg dibuat… Cuma yang kdg2 meragukan adalah bahan mentah yang diperolehi dari negara China x der cop Halal. Tapi sebagai pengguna kita x leh la terlalu fikir mendalam, nanti x leh makan pulak mknan tu. Kalau dah dpt cop Halal jakim, HACCP tu makan jer la. Jangan ragu2 ek…

  2. salam..xpasan lak da artikel pasai ni akhi..memang mantop..kill 2 birds with 1 stone. sambil2 ngaji biotech,leh kaya dengan ilmu foodtech lak noh..hehe.
    komen yang baik mimi.mabruk..
    banyk sgt mende nak tulis pasai isu halal ni..sampai x tau nk tulis pe.tempt kami pun bagus dari segi akreditasi..tp yang lebih menarik mengenai inkuiri oleh non muslim untuk tahu pasai halal food nih..
    ana rasa ada chinese(non) yang lebih paham sebab Allah syariatkan kita makan haiwan bersembelih,solat 5 waktu n solat menghadap kiblat..
    dia ckp, “u ingat muslim saja2 ker solat ikut anak panah tu. depa fokus actually..”..n etc..sgt mengujakan tapi ana pun pakat senyum seposen jer lar..lemah2..

  3. salam. memang susah nak dapatkan HACCP. dan HACCP ni sebagai jaminan kepada pengguna bahawa produk kita tu selamat untuk dimakan. kalau di luar negara, HACCP ni satu keperluan yang amat penting bagi pengusaha dan mereka berlumba-lumba nak dapatkan HACCP. bagi mereka, kualiti tu sangat penting. tapi berlainan dengan negara kita, pengusaha dan pengguna masih kabur tentang kepentingan makanan yang berkualiti. hmm…macam mana nak sedarkan pengusaha makanan yang tak sedar? mereka kena sedar yang menghasilkan makanan yang halalan toyyiba adalah amanah dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat. bukan nak kaut untung jek…

  4. salam… sebenarnya, standard haccp MOH Malaysia memang tinggi drpd HACCP luar ngri. Sesungguhpun sukar mendpt, malah ade jg kilang yg bertaraf HACCP “3 hari” setahun (seketika auditor HACCP melakukan semakan).
    Tabiat mengenalpasti kebersihan makanan masih penting dan kerja2 ni tak boleh dialur ke orang lain. Makanan kan masuk perut sendiri. Orang tak susah masa perut kita sakit.

    Lagi pun, balas Nur Syamimi, ade HACCP belum confirm ade HALAL. bakuteh pun boleh dapat HACCP (Tengok rempah bakuteh AI)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s