Dah Namanya Katak

Tak tahulah saudaura, tiba-tiba terasa nak menulis tentang katak. Pernah dalam bulan dua yang lalu aku melawat ke sebuah kolam ternakan ikan haruan di Rawang. Di sana bukan sahaja ikan haruan diternak, bahkan katak juga turut diternak. Menurut tauke itu, katak ini dijual dengan harga RM10 sahaja untuk satu kilo. (Mai..mai.. beli hehe..)

Bila aku tanya rakan aku yang berbangsa cina (Yap namanya), macam mana orang cina makan katak. Jawabnya, selalunya katak ini sedap kalau masak kicap. (sedap?hehe..MasyaAllah).

Baiklah saudara, katak merupakan haiwan amfibia, maknanya haiwan dua alam. Kalau dituruti hukum Islam, maka katak ini diharamkan daripada dimakan. Katak adalah haiwan daripada order Anura (daripada bahasa latin) yang bermaksud tanpa ekor. Kebanyakan spesis-spesis katak hidup di kawasan hutan hujan tropika.

Dalam satu Daurah yang pernah aku hadiri, pembentang waktu itu pernah mengutarakan satu kisah berkenaan dengan katak. Dalam kisah itu, diriwayatkan bahawa ada satu pertandingan untuk menawan sebuah menara. Maka banyaklah katak-katak yang gagah perkasa ingin menyertainya termasuklah seekor katak yang kecil.

Pada hari pertandingan, berkumpulah seluruh masyarakat katak yang datang daripada seluruh pelusuk dan ceruk. Para peserta katak yang mengambil bahagian telah bersiap sedia untuk dilepaskan manakala katak-katak yang lain bersorak untuk meniupkan semangat para peserta.

Kemudian, para peserta dilepaskan dengan sedas tembakan. Dengan ini, cabaran pun bermula. Sepanjang perjalanan pendakian menara tersebut, sedikit demi sedikit katak yang penat, yang lemah jatuh tersungkur kebawah. Melihatkan banyak peserta yang jatuh, maka katak-katak yang jadi penonton bersorak dan menjerit. Ada yang berteriak “Tak kan ada katak yang boleh sampai,” Ada juga yang berkata, “Kita belum cukup kuat nak tawan menara ini,” Ada juga yang melaungkan, “Sudahlah, kita jangan harap boleh sampai kat atas sana, mesti jatuh kebawah juga nanti,” dan begitulah pelbagai keluhan dan kata-kata pelemah semangat dilontarkan.

Sungguhpun begitu, walaupun semua peserta sudah menunjukkan rasa putus asa dan turun semula ke bawah, namun, tidak kepada katak kecil ini. Dia tetap meneruskan pendakian sehinggalah dia berjaya menawan menara tersebut. Ramai katak-katak menanyakan tentang rahsia kemenagan walaupun dia bukanlah katak pilihan untuk kejuaraan ini, tetapi katak kecil ini sekadar senyum dan mendiamkan diri.

Cuba saudara teka, apakah rahsia kemenangan katak kecil ini?

Hehe..menurut rakan kepada katak kecil ini, dia tidak menjawab sebarang pertanyaan katak-katak lain bukan kerana dia sombong, tetapi oleh kerana dia ini adalah seekor katak yang pekak.Kerana pekaklah dia tak pedulikan apa yang orang kata. Apa yang dia tahu, dia mesti tawan menara ini. Berbekalkan matlamat itu, dia terus berusaha mendaki.

Begitulah juga dengan kita, walaupun orang kata macam-macam tentang kita, itu bukanlah penghalang utama untuk kita berjaya. Apa yang perlu kita buat, hanya perlu memekakkan telinga. Macam itulah juga dengan perjuangan, walaupun ada yang kata ‘Islam dah tak sesuai’, Islam payah nak menang, tok rok cetong (loghat ganu)’, ‘Mustahil Islam boleh memerintah dalam dunia sekarang’, dan sebagainya, namun sebagai umat, kita hanya perlu memekakkan telinga dan teruskan berjuang demi kemenangan Islam dan seterusnya mencapai matlamat Islam (Maqasid Syariah).

Oleh itu saudara, kalau nak tiru semangat katak kecil tadi, maka ianya digalakkan. Tetapi kalau nak tiru spesis katak yang duduk dalam politik hari ini, usahlah saudara. Ini kerana, kerja melompat-lompat ini adalah kerja yang lari daripada amanah dan perjuangan. Senang sebut, mereka ini mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Kalau benar nak lompat, melompatlah (berhijrahlah) dari suatu persekitaran yang jahat  kepada persekitaran yang baik. Jangan pula melompat daripada keadaan bermusuh dengan rasuah kepada terliur dan ghairah dengan rasuah, daripada memerangi kezaliman kepada pembenci keadilan, daripada menolak penyelewengan kepada menyokong salah guna kuasa dan daripada berjiwa rakyat kepada penindas rakyat.

Seruan untuk kita memenuhi janji dan amanah bukannya mengkhianatinya adalah seruan kepada orang mukmin (rujuk surah Al-Maidah 5:1, Ali-Imran 3:161, Al-Baqarah 2:283) manakala orang-orang yang  beriman, yang berjihad pada jalan Allah dan yang berhijrah dengan prinsip (yakni hijrah daripada kebobrokan kepada kebenaran dan keadilan Islam) adalah golongan yang mengharapkan rahmat Allah (rujuk surah Al-Baqarah 2:218).

Sekadar itulah saudara tulisan aku kali ini. Sama ada melompat, terlompat atau dilompat, istilah politiknya masih katak sebab, dah namanya katak erm…

Rapuh

Bila berbicara tentang hiburan, pastinya saudara, banyak khabar atau berita yang kurang enak didengar yang berhasil daripada hiburan itu sendiri. Sama ada hiburan itu sendiri yang merosakkan atau orang di dalam hiburan itu yang memunahkan, perlulah di selidikidengan baik.

Ini kerana saudara, jika kita menggunakan pendekatan yang agak keras untuk mengharamkan hiburan dalam kamus kehidupan, berapa ramai kalangan kita yang mampu  menerimanya disebabkan keperluan untuk berhibur itu adalah tuntutan fitrah semulajadi manusia.

Maka, sekiranya dihalalkan segalanya, yang dirisaukan adalah penyalahgunaannya pula. Sebab itu, Islam mengambil pendekatan yang sederhana dalam membimbing manusia untuk berhibur dengan pelbagai alternatif. Kalau saudara cuba menafsirkan istilah hiburan itu sendiri, ianya terlalu luas dan tidak hanya terhad kepada alunan muzik, nyanyian dan sebagainya sahaja.

Bahkan dikira berhibur bagi mereka yang terhibur bila melihat keindahan alam, berbual dengan ‘gu’ (kawan dalam dialek kelatan), mendengar ceramah, mengaji Al-Quran, berzikir dan banyak lagi.

Mengapa kita berasa terhibur?

Jawabnya adalah pada saat itu, jiwa kita dan hati kita berasa sangat tenang, tenteram dan damai (pleasure). Itulah punca rasa terhibur.

Walaubagaimanapun, sebagai manusia, mahu tidak mahu, hakikatnya kita pasti akan mengakui yang kita akan rasa terhibur tatkala mendengar suara-suara alam. Ya, suara-suara alam dari derusan air terjun, alunan cengkerik dan unggas di hutan, kicauan burung yang memukau, desiran ombak tenang di pantai dan juga bayu lembut menggeser daun yang melambai.

Bukankah saudara, Allah swt telah menjelaskan bahawa seluruh isi alam sama ada di langit dan bumi berzikir dan bertasbih kepadaNya (saudara boleh rujuk pada surah Al-Hasyr 59:24 dan juga surah Al-Israa’ 17:44). Oleh hal demikian, kita berupaya berasa tenteram dan merasai kesegaran minda tatkala mendampingi alam. Rupanya mereka berzikir dalam bahasa yang kita tidak fahaminya.

Begitu juga dengan kita saudara, seandainya kita rasa gundah, hiba atau resah, berzikirlah dan ingatlah kepada Allah. Nescaya kita akan berasa tenang dan terhibur (rujuk surah Al-Ra’d 13:28). Cara nak ingat Allah ni saudara, bukan sekadar di bibir, bahkan perlu disertai dengan penuh penghayatan  di hati di samping memikirkan keagungan Allah.

Bercakap soal hiburan alternatif, sememangnya Islam perlu diketengahkan sebagai  seni alternatif yang paling baik. Lantaran itu, kita akan mendapati bahawa banyak juga lagu2 berunsurkan ketuhanan, kekeluargaan, keinsafan dan pengajaran dikomersialkan secara meluas oleh individu2 atau kumpulan yang berdakwah melalui bidang seni ini.

Antara yang aku nak kongsi saudara, ada sebuah lagu yang bertajuk Rapuh nyanyian penasyid terkenal Indonesia, Opick. Kalau saudara dengar lagu ini buat pertama kalinya, seolah-olah ia adalah sebuah lagu jiwang picisan biasa, tetapi sekiranya di amati dengan betul, rupanya, bagi akulah, ia adalah lagu yang menceritakan rintihan rindu dan cinta seorang hamba kepada Tuhannya tatkala mengimbau putih hitam dalam bahtera kehidupannya.

Dengan ini, aku sertakan lirik lagunya dan saudara boleh juga dengarkannya di laman YouTube atau dalam facebook aku hehe. Ingatlah saudara, Islam tidak menghalang umatnya untuk berhibur, tetapi umatnyalah yang menidakkan batas pengsyariatan Islam ketika berhibur.

Rapuh

Detik waktu terus berjalan

Berhias gelap dan terang

Suka dan duka tangis dan tawa

Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi

Hadir bagai teman sejati

Di antara lelahnya jiwa

Dalam resah dan air mata

Kupersembahkan kepadamu

Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah

Kadang tak setia kepadamu

Namun cinta dalam jiwa

Hanyalah padamu

Maafkanlah bila hati

Tak sempurna mencintaimu

Dalam dada kuharap hanya

Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu

Semua berakhir padamu…

Sembang Si Fulan & Si Daie

Saudara, tatkala kita memerhatikan suasana pergaulan anak muda hari ini, pasti ada sahaja fenomena ‘dating’ atau berdua-duaan antara balak bersama cikaronya (awek la). Kalau ditanya,  banyaklah alasan yang akan diberi oleh mereka ini untuk menghalalkan tindakan mereka. Dah tiada rasa malu agaknya.

Di samping itu, wujud juga di IPT satu gejala sukan atau riadah bercampur antara lelaki dan perempuan. Bersukan dan beriadah itu adalah sesuatu yang bagus untuk kesihatan jasmani dan juga mental. Malangnya, ia disalah guna dan disalah ertikan. Perlu ke saudara, kita bermain badminton, bermain futsal, berjogging dan lain-lain bersama-sama dengan perempuan, dah takde rakan lelaki lain ke nak diajak beriadah? Satu lagi, beriadah dah elok dah tapi kalau tutup aurat lagi2 lah elok,herm.

Yang ini pun satu masalah iaitu virus takut untuk ke surau. Takut kalau-kalau dia dianggap hipokrit sebab nak tunjuk baik, nak tunjuk alim konon. Ya Allah, takkan kita rasa malu nak buat baik, nak buat kebajikan. Itu bukan hipokritlah selagi kita mengaku sebagai Hamba Allah. Kalaulah kita buat sedikit perkiraan saudara, katakan penghuni kolej kediaman kita seramai 300 orang. Maka, daripada 300 ini, berapa kerat yang datang ke surau atau masjid?

Jawabnya, tak sampai pun 10% kan. Maknanya, tak sampai 30 orang jemaah dalam sesebuah surau.

Oleh itu saudara, mari kita perhatikan sembang2 si fulan dan si daie yang ada kaitannya dengan permasalahan di atas.

Sukan

Si fulan: Nak badan sihat ni kenalah bersukan. Islam pun tak larang kan. Aku rasa kan ok ape kalau bersukan dengan orang pompuan, bukan orang lain, classmate aku gak. Dia sihat, aku pun sihat. Satu lagi bro, bile bersukan badan mesti peluh. Baju & seluar pun kenalah sesuai kan. Takkan nak tutup semua.

Si daie: Betul tu saudara, Nabi saw dulu pun bersukan dengan para sahabat, tapi bukan dengan pompuan la. Kita kalau boleh, jagalah adab kita sebagai orang islam. Ape perasaan ibu & ayah kita kalau anaknya takde adab, takde akhlak. Pasti kecewa kan. Bab aurat ni pun kena jagelah, mungkin kita anggap biasa, tapi macam mane dengan tuhan yang beri pinjam jasad ini kepada kita, tuhan takde hak ek terhadap jasad pinjaman ni?

Dating

Si fulan: Salah ke aku jumpa dengan dia berduaan. Bukan buat apa pun. Kite orang just borak2 jer. Kadang2 discuss pasal study, pasal exam. Takkan tu pun salah kot. Setakat pegang tangan tu biasalah bro. Macam ko tak pernah buat?

Si daie: Nak berkawan tu tiadalah salahnya. Cuma Islam beri ‘guideline’ macam mana nak berkawan. Bukan apa, itu semua untuk kebaikan saudara juga. Berdua-duaan itu tidak manis kerana tanpa disedari pihak ketiga adalah syaitan. Saudara pun tahu apa kerja syaitan kan. Sebaiknya bawalah  sekali saudara semuhrim untuk berjumpa bagi tujuan yang penting2 saje. Bab pegang tangan tu, haramlah syeikh. Umpama menyentuh bara azab neraka.

Berjemaah

Si fulan: Hehe..bro, ko pergi dulu ar..sekejap lagi aku follow. Bukan ape, aku rase hipokrit jer kalau pergi surau ni. Ko pun kenal aku kan. Mungkin tak dapat seru lagi kot.hehe. Kirim salam kat tok imam ek.

Si daie: Saudara, antara cara bagaimana nak kuatkan Islam adalah dengan berjemaah di masjid atau surau. Ini kerana ia sudah terbukti pada zaman Nabi saw. Dengan berjemaah, kita boleh dampingi orang2 soleh, boleh tambah kefahaman agama melalui program tazkirah dan banyak lagi. Saudara kena faham, bila kita ada niat nak buat baik, nak join program islam, takde istilah hipokrit tau, sebab, orang yang mengaku Islam tapi hati dia tak mahu kepada program Islam, itulah sebenar-benar hipokrit (munafik). Nauzubillah.