Sembang Si Fulan & Si Daie

Saudara, tatkala kita memerhatikan suasana pergaulan anak muda hari ini, pasti ada sahaja fenomena ‘dating’ atau berdua-duaan antara balak bersama cikaronya (awek la). Kalau ditanya,  banyaklah alasan yang akan diberi oleh mereka ini untuk menghalalkan tindakan mereka. Dah tiada rasa malu agaknya.

Di samping itu, wujud juga di IPT satu gejala sukan atau riadah bercampur antara lelaki dan perempuan. Bersukan dan beriadah itu adalah sesuatu yang bagus untuk kesihatan jasmani dan juga mental. Malangnya, ia disalah guna dan disalah ertikan. Perlu ke saudara, kita bermain badminton, bermain futsal, berjogging dan lain-lain bersama-sama dengan perempuan, dah takde rakan lelaki lain ke nak diajak beriadah? Satu lagi, beriadah dah elok dah tapi kalau tutup aurat lagi2 lah elok,herm.

Yang ini pun satu masalah iaitu virus takut untuk ke surau. Takut kalau-kalau dia dianggap hipokrit sebab nak tunjuk baik, nak tunjuk alim konon. Ya Allah, takkan kita rasa malu nak buat baik, nak buat kebajikan. Itu bukan hipokritlah selagi kita mengaku sebagai Hamba Allah. Kalaulah kita buat sedikit perkiraan saudara, katakan penghuni kolej kediaman kita seramai 300 orang. Maka, daripada 300 ini, berapa kerat yang datang ke surau atau masjid?

Jawabnya, tak sampai pun 10% kan. Maknanya, tak sampai 30 orang jemaah dalam sesebuah surau.

Oleh itu saudara, mari kita perhatikan sembang2 si fulan dan si daie yang ada kaitannya dengan permasalahan di atas.

Sukan

Si fulan: Nak badan sihat ni kenalah bersukan. Islam pun tak larang kan. Aku rasa kan ok ape kalau bersukan dengan orang pompuan, bukan orang lain, classmate aku gak. Dia sihat, aku pun sihat. Satu lagi bro, bile bersukan badan mesti peluh. Baju & seluar pun kenalah sesuai kan. Takkan nak tutup semua.

Si daie: Betul tu saudara, Nabi saw dulu pun bersukan dengan para sahabat, tapi bukan dengan pompuan la. Kita kalau boleh, jagalah adab kita sebagai orang islam. Ape perasaan ibu & ayah kita kalau anaknya takde adab, takde akhlak. Pasti kecewa kan. Bab aurat ni pun kena jagelah, mungkin kita anggap biasa, tapi macam mane dengan tuhan yang beri pinjam jasad ini kepada kita, tuhan takde hak ek terhadap jasad pinjaman ni?

Dating

Si fulan: Salah ke aku jumpa dengan dia berduaan. Bukan buat apa pun. Kite orang just borak2 jer. Kadang2 discuss pasal study, pasal exam. Takkan tu pun salah kot. Setakat pegang tangan tu biasalah bro. Macam ko tak pernah buat?

Si daie: Nak berkawan tu tiadalah salahnya. Cuma Islam beri ‘guideline’ macam mana nak berkawan. Bukan apa, itu semua untuk kebaikan saudara juga. Berdua-duaan itu tidak manis kerana tanpa disedari pihak ketiga adalah syaitan. Saudara pun tahu apa kerja syaitan kan. Sebaiknya bawalah  sekali saudara semuhrim untuk berjumpa bagi tujuan yang penting2 saje. Bab pegang tangan tu, haramlah syeikh. Umpama menyentuh bara azab neraka.

Berjemaah

Si fulan: Hehe..bro, ko pergi dulu ar..sekejap lagi aku follow. Bukan ape, aku rase hipokrit jer kalau pergi surau ni. Ko pun kenal aku kan. Mungkin tak dapat seru lagi kot.hehe. Kirim salam kat tok imam ek.

Si daie: Saudara, antara cara bagaimana nak kuatkan Islam adalah dengan berjemaah di masjid atau surau. Ini kerana ia sudah terbukti pada zaman Nabi saw. Dengan berjemaah, kita boleh dampingi orang2 soleh, boleh tambah kefahaman agama melalui program tazkirah dan banyak lagi. Saudara kena faham, bila kita ada niat nak buat baik, nak join program islam, takde istilah hipokrit tau, sebab, orang yang mengaku Islam tapi hati dia tak mahu kepada program Islam, itulah sebenar-benar hipokrit (munafik). Nauzubillah.

6 Comments

  1. salam akhi…wah..bgus ya artikel..maki kreatif..
    cuma 1 sahaja akhi..ada nasihat daripada saifulislam. Dia habaq bloggers ni kena kurangkan guna shortform untuk menjaga ‘kemurnian’ mesej yang ingin disampai…(mungkin anta nak cepat kan.hehe)
    ana tambah sikit sahaja iaitu mereka yang takut berbuat sesuatu yang biasa dibuatnya(ketika bersendirian contohnya solat sebelum solat fardhu) turut berubah keadaannya menjadi riak..nauzubillah..wujud kan gejala takut jatuh riak sebab kononnya ‘dipandang orang’..
    jzk akh

Leave a comment