Rapuh

Bila berbicara tentang hiburan, pastinya saudara, banyak khabar atau berita yang kurang enak didengar yang berhasil daripada hiburan itu sendiri. Sama ada hiburan itu sendiri yang merosakkan atau orang di dalam hiburan itu yang memunahkan, perlulah di selidikidengan baik.

Ini kerana saudara, jika kita menggunakan pendekatan yang agak keras untuk mengharamkan hiburan dalam kamus kehidupan, berapa ramai kalangan kita yang mampu  menerimanya disebabkan keperluan untuk berhibur itu adalah tuntutan fitrah semulajadi manusia.

Maka, sekiranya dihalalkan segalanya, yang dirisaukan adalah penyalahgunaannya pula. Sebab itu, Islam mengambil pendekatan yang sederhana dalam membimbing manusia untuk berhibur dengan pelbagai alternatif. Kalau saudara cuba menafsirkan istilah hiburan itu sendiri, ianya terlalu luas dan tidak hanya terhad kepada alunan muzik, nyanyian dan sebagainya sahaja.

Bahkan dikira berhibur bagi mereka yang terhibur bila melihat keindahan alam, berbual dengan ‘gu’ (kawan dalam dialek kelatan), mendengar ceramah, mengaji Al-Quran, berzikir dan banyak lagi.

Mengapa kita berasa terhibur?

Jawabnya adalah pada saat itu, jiwa kita dan hati kita berasa sangat tenang, tenteram dan damai (pleasure). Itulah punca rasa terhibur.

Walaubagaimanapun, sebagai manusia, mahu tidak mahu, hakikatnya kita pasti akan mengakui yang kita akan rasa terhibur tatkala mendengar suara-suara alam. Ya, suara-suara alam dari derusan air terjun, alunan cengkerik dan unggas di hutan, kicauan burung yang memukau, desiran ombak tenang di pantai dan juga bayu lembut menggeser daun yang melambai.

Bukankah saudara, Allah swt telah menjelaskan bahawa seluruh isi alam sama ada di langit dan bumi berzikir dan bertasbih kepadaNya (saudara boleh rujuk pada surah Al-Hasyr 59:24 dan juga surah Al-Israa’ 17:44). Oleh hal demikian, kita berupaya berasa tenteram dan merasai kesegaran minda tatkala mendampingi alam. Rupanya mereka berzikir dalam bahasa yang kita tidak fahaminya.

Begitu juga dengan kita saudara, seandainya kita rasa gundah, hiba atau resah, berzikirlah dan ingatlah kepada Allah. Nescaya kita akan berasa tenang dan terhibur (rujuk surah Al-Ra’d 13:28). Cara nak ingat Allah ni saudara, bukan sekadar di bibir, bahkan perlu disertai dengan penuh penghayatan  di hati di samping memikirkan keagungan Allah.

Bercakap soal hiburan alternatif, sememangnya Islam perlu diketengahkan sebagai  seni alternatif yang paling baik. Lantaran itu, kita akan mendapati bahawa banyak juga lagu2 berunsurkan ketuhanan, kekeluargaan, keinsafan dan pengajaran dikomersialkan secara meluas oleh individu2 atau kumpulan yang berdakwah melalui bidang seni ini.

Antara yang aku nak kongsi saudara, ada sebuah lagu yang bertajuk Rapuh nyanyian penasyid terkenal Indonesia, Opick. Kalau saudara dengar lagu ini buat pertama kalinya, seolah-olah ia adalah sebuah lagu jiwang picisan biasa, tetapi sekiranya di amati dengan betul, rupanya, bagi akulah, ia adalah lagu yang menceritakan rintihan rindu dan cinta seorang hamba kepada Tuhannya tatkala mengimbau putih hitam dalam bahtera kehidupannya.

Dengan ini, aku sertakan lirik lagunya dan saudara boleh juga dengarkannya di laman YouTube atau dalam facebook aku hehe. Ingatlah saudara, Islam tidak menghalang umatnya untuk berhibur, tetapi umatnyalah yang menidakkan batas pengsyariatan Islam ketika berhibur.

Rapuh

Detik waktu terus berjalan

Berhias gelap dan terang

Suka dan duka tangis dan tawa

Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi

Hadir bagai teman sejati

Di antara lelahnya jiwa

Dalam resah dan air mata

Kupersembahkan kepadamu

Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah

Kadang tak setia kepadamu

Namun cinta dalam jiwa

Hanyalah padamu

Maafkanlah bila hati

Tak sempurna mencintaimu

Dalam dada kuharap hanya

Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu

Semua berakhir padamu…

3 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s