Dah Namanya Katak

Tak tahulah saudaura, tiba-tiba terasa nak menulis tentang katak. Pernah dalam bulan dua yang lalu aku melawat ke sebuah kolam ternakan ikan haruan di Rawang. Di sana bukan sahaja ikan haruan diternak, bahkan katak juga turut diternak. Menurut tauke itu, katak ini dijual dengan harga RM10 sahaja untuk satu kilo. (Mai..mai.. beli hehe..)

Bila aku tanya rakan aku yang berbangsa cina (Yap namanya), macam mana orang cina makan katak. Jawabnya, selalunya katak ini sedap kalau masak kicap. (sedap?hehe..MasyaAllah).

Baiklah saudara, katak merupakan haiwan amfibia, maknanya haiwan dua alam. Kalau dituruti hukum Islam, maka katak ini diharamkan daripada dimakan. Katak adalah haiwan daripada order Anura (daripada bahasa latin) yang bermaksud tanpa ekor. Kebanyakan spesis-spesis katak hidup di kawasan hutan hujan tropika.

Dalam satu Daurah yang pernah aku hadiri, pembentang waktu itu pernah mengutarakan satu kisah berkenaan dengan katak. Dalam kisah itu, diriwayatkan bahawa ada satu pertandingan untuk menawan sebuah menara. Maka banyaklah katak-katak yang gagah perkasa ingin menyertainya termasuklah seekor katak yang kecil.

Pada hari pertandingan, berkumpulah seluruh masyarakat katak yang datang daripada seluruh pelusuk dan ceruk. Para peserta katak yang mengambil bahagian telah bersiap sedia untuk dilepaskan manakala katak-katak yang lain bersorak untuk meniupkan semangat para peserta.

Kemudian, para peserta dilepaskan dengan sedas tembakan. Dengan ini, cabaran pun bermula. Sepanjang perjalanan pendakian menara tersebut, sedikit demi sedikit katak yang penat, yang lemah jatuh tersungkur kebawah. Melihatkan banyak peserta yang jatuh, maka katak-katak yang jadi penonton bersorak dan menjerit. Ada yang berteriak “Tak kan ada katak yang boleh sampai,” Ada juga yang berkata, “Kita belum cukup kuat nak tawan menara ini,” Ada juga yang melaungkan, “Sudahlah, kita jangan harap boleh sampai kat atas sana, mesti jatuh kebawah juga nanti,” dan begitulah pelbagai keluhan dan kata-kata pelemah semangat dilontarkan.

Sungguhpun begitu, walaupun semua peserta sudah menunjukkan rasa putus asa dan turun semula ke bawah, namun, tidak kepada katak kecil ini. Dia tetap meneruskan pendakian sehinggalah dia berjaya menawan menara tersebut. Ramai katak-katak menanyakan tentang rahsia kemenagan walaupun dia bukanlah katak pilihan untuk kejuaraan ini, tetapi katak kecil ini sekadar senyum dan mendiamkan diri.

Cuba saudara teka, apakah rahsia kemenangan katak kecil ini?

Hehe..menurut rakan kepada katak kecil ini, dia tidak menjawab sebarang pertanyaan katak-katak lain bukan kerana dia sombong, tetapi oleh kerana dia ini adalah seekor katak yang pekak.Kerana pekaklah dia tak pedulikan apa yang orang kata. Apa yang dia tahu, dia mesti tawan menara ini. Berbekalkan matlamat itu, dia terus berusaha mendaki.

Begitulah juga dengan kita, walaupun orang kata macam-macam tentang kita, itu bukanlah penghalang utama untuk kita berjaya. Apa yang perlu kita buat, hanya perlu memekakkan telinga. Macam itulah juga dengan perjuangan, walaupun ada yang kata ‘Islam dah tak sesuai’, Islam payah nak menang, tok rok cetong (loghat ganu)’, ‘Mustahil Islam boleh memerintah dalam dunia sekarang’, dan sebagainya, namun sebagai umat, kita hanya perlu memekakkan telinga dan teruskan berjuang demi kemenangan Islam dan seterusnya mencapai matlamat Islam (Maqasid Syariah).

Oleh itu saudara, kalau nak tiru semangat katak kecil tadi, maka ianya digalakkan. Tetapi kalau nak tiru spesis katak yang duduk dalam politik hari ini, usahlah saudara. Ini kerana, kerja melompat-lompat ini adalah kerja yang lari daripada amanah dan perjuangan. Senang sebut, mereka ini mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Kalau benar nak lompat, melompatlah (berhijrahlah) dari suatu persekitaran yang jahat  kepada persekitaran yang baik. Jangan pula melompat daripada keadaan bermusuh dengan rasuah kepada terliur dan ghairah dengan rasuah, daripada memerangi kezaliman kepada pembenci keadilan, daripada menolak penyelewengan kepada menyokong salah guna kuasa dan daripada berjiwa rakyat kepada penindas rakyat.

Seruan untuk kita memenuhi janji dan amanah bukannya mengkhianatinya adalah seruan kepada orang mukmin (rujuk surah Al-Maidah 5:1, Ali-Imran 3:161, Al-Baqarah 2:283) manakala orang-orang yang  beriman, yang berjihad pada jalan Allah dan yang berhijrah dengan prinsip (yakni hijrah daripada kebobrokan kepada kebenaran dan keadilan Islam) adalah golongan yang mengharapkan rahmat Allah (rujuk surah Al-Baqarah 2:218).

Sekadar itulah saudara tulisan aku kali ini. Sama ada melompat, terlompat atau dilompat, istilah politiknya masih katak sebab, dah namanya katak erm…

2 Comments

  1. betu tu saudara..kadang-kadang kita perlu memekakkan telinga untuk mencapai matlamat. Orang sekeliling akan terus berkata, tetapi selagi matlamt kita tak bercanggah dengan agama, apa salahnya diteruskan kan? berkenaan dengan lompat melompat ni, saya pon tak faham kenapa mereka suka sangat melompat..tak boleh nak berdiri dengan betul agaknya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s