Gempa Demi Gempa

Kalau saudara perasan, kebelakangan ini terlalu kerap kita mendengar berita-berita berkaitan dengan kejadian gempa bumi yang melanda dunia. Hampir setiap bulan, ada sahaja kejadian gempa bumi (earthquake) sama ada berskala kecil, sederhana mahupun yang besar.

Berikutan itu, aku cuba senaraikan antara peristiwa-peristiwa gempa bumi (tak semua la) yang berlaku di seluruh dunia dari bulan Januari 2010 hingga tarikh post ini ditulis:

Januari

12-01-10 Gempa bumi  berukuran 6.9 skala richter melanda Haiti

20-01-10 Gempa bumi berukuran 5.8 skala Ritcher telah berlaku di kepulauan Cayman

25-01-10 Gegaran kecil dilaporkan dirasai di Batu Niah dan Suai di Sarawak berikutan gempa bumi berskala rendah, 3.2 skala Richter.

31-01-10 Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter dikesan di selatan Sumatera.

Febuari

07-02-10 Satu gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di barat daya kepulauan Ryukyu, Jepun.

09-02-10 Gempa bumi dengan kekuatan 5.7 pada skala Richter menggegarkan selatan Mexico berhampiran pantai Oaxaca.

26-02-10 Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di wilayah Filipina kira-kira 161km ke tenggara Davao.

28-02-10 Satu gempa bumi sederhana, 5.7 skala richter, jauh di banjaran gunung Hindu Kush menggegarkan beberapa bahagian di Pakistan dan Afghanistan.

Mac

04-03-10 Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter yang menggegarkan Taiwan hari ini menyebabkan 11 orang tercedera.

14-03-10 Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter telah berlaku di pantai timur pulau Honshu, Jepun.

15-03-10 Satu lagi gempa bumi besar yang berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan bumi Chile hari ini

25-03-10 Satu gempa bumi 5.1 pada skala Richter menggegar wilayah Elazig, di timur Turki

April

05-04-10 Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, manakala 100 lagi cedera apabila gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda kawasan sempadan Mexico-California

07-04-10 Satu gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter berlaku di Sinabang, Aceh pada pukul 5.15 pagi ini

19-04-10 KABUL: A magnitude 5.3 earthquake struck in mountains north of Afghanistan’s capital early Monday, killing at least seven people and injuring 30, officials said.

26-04-10 TAIPEI – A 6.9 magnitude quake struck in an ocean area north of the Philippines on Monday and was felt throughout Taiwan

Untuk makluman saudara, maklumat di atas aku kutip dari portal Utusan Online, The Star Online dan Berita Harian Online. Saudara, mengikut buku Pembuktian Bahawa Semua Tanda-Tanda Kecil Kiamat Sudah Terjadi (2004) pada muka surat 141 memetik hadith Nabi saw yang bermaksud:

“Menjelang hari kiamat akan terjadi kematian missal dan tahun-tahun gempa bumi.”

[Hadith dalam riwayat yang sahih pada Musnad Ahmad (4:104) begitu juga halnya bagi Abu Ya’li Al-Mousuli dan Ad-Darami]

Demikianlah , bagaimana baginda nabi saw telah pun mengkhabarkan kepada kita perihal tanda-tanda kecil kiamat. Perkara yang dinyatakan itu sudah pun terjadi tatkala ianya berlaku di hadapan kepala mata kita sendiri di akhir zaman ini. Subhanallah.

Negara kita, Malaysia juga tidak terlepas daripada ancaman gempa bumi ini walaupun berada di luar lingkaran api pasifik. Ini kerana, menurut Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata;

“Sebelum ini ada beberapa kes negara yang tidak berada di dalam lingkaran berkenaan menerima kesan gempa bumi. Kesan gempa bumi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti tsunami atau gegaran muka bumi,” (Utusan Online, 17Jan2010)

Sebagai penutup, semoga gempa demi gempa yang berlaku ini saudara bukan sahaja menggegarkan bumi tetapi juga menggemparkan hati-hati kita untuk terus ingat,  tunduk dan patuh akan suruhanNya dan meninggalkan tegahanNya (InsyaAllah). Janganlah kita melihat gempa bumi ini dari sudut pandangan atheis yang hanya melihat sebagai fenomena alam sahaja. Tetapi, renungkanlah dengan mata hati.

4 Comments

  1. *Gambar ultramen adalah hiasan semata-mata..stadium runtuh pun kena renung sama.. macam mana boleh runtuh kan..tapi gempa bumi bukanlah sebabnya erm..

    Berikut adalah maklumat tambahan:
    29-01-10 Gempa bumi dengan kekuatan 6 pada skala Richter berlaku di luar pesisir pantai timur Vanuatu

    010210 Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 4.7 pada skala Richter telah menggegarkan tengah Turki hari ini.

    110210 Satu gempa bumi sederhana yang dekat dengan permukaan melanda luar pesisir pantai Indonesia hari ini di Laut Maluku. Gempa berukuran 5.6 pada skala Richter.

    220210 Satu gempa bumi lemah berskala 3.0 pada skala Richter berlaku di Keningau, Sabah pada pukul 12.46 tengah hari ini.

    260210 Satu gempa bumi lemah berskala 3.1 pada skala Richter berlaku di Lahad Datu, Sabah awal pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

    010310 Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan Mindanao, Filipina

    080310 Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.1 pada skala Richter berlaku di Taiwan

    120310 Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia

    180310 Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Laluan Maluku, kira-kira 223km Timur Manado di Indonesia dan 1,014km Tenggara Kunak, Sabah

    250310 Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan Manila

    180410 Gempa bumi 5.6 skala Richter gegar Guatemala

    200410 PERTH – Gempa bumi dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter berlaku di wilayah lombong emas utama di barat Australia.

    260410 MANILA: Gempa kuat berukuran 6.9 magnitud melanda utara Kepulauan Batan di Filipina

    080410 Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Papua New Guinea

    120410 MADRID (AP) – The U.S. Geological Survey says a 6.2-magnitude earthquake has hit southern Spain.

    240410 Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Halmahera, Indonesia pada pukul 3.41 petang tadi

  2. syukran saudara atas peringatan. sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat yang berlaku. dewasa ini pon, banyak kiamat kecil yg berlaku di kalangan kita…masa kita pasti tiba..mari kita muhasabah kembali diri supaya kita dapat menghembuskan nafas dalam husnul khotimah..insyaAllah..jazakallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s