About

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saudara,

cangkulhijau merupakan satu manifestasi untuk menyatakan hasrat, idea dan pandangan secara peribadi. cangkulhijau dibangunkan di atas rasa tanggugjawab yang  berteraskan kepada ‘benefit-oriented’. Bertemakan ‘biarpun tidak dibenar untuk berkata benar’ menggambarkan kesungguhan untuk terus memperjuangkan kebenaran yang berpaksikan kepada ilmu dan prinsip yang rasional. Dengan itu, di akhir nanti, mudah-mudahan InsyaAllah, setiap yang benar akan berdiri dengan kebenarannya dan setiap yang batil akan tersungkur dengan kebatilannya.

Mengapa cangkulhijau?

cangkul seperti yang diketahui merupakan instrumen yang penting dari dulu hingga sekarang  khususnya dalam kerja-kerja yang melibatkan sektor pertanian. Walaupun wujud pelbagai mekanisasi moden, namun cangkul tetap masih menjadi pilihan. Orang kata, tak lapuk dek hujan. Ia juga melambangkan kegigihan seorang petani kecil yang menggunakan seluruh kudratnya untuk bercangkul bagi mengeluarkan keluarganya daripada belenggu kefakiran. Secara prinsipnya, kegigihan dan kesungguhan itu penting untuk memperjuangkan sesuatu perubahan kepada yang lebih baik.Di samping itu, cangkul juga mengingatkan kita bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara dan tatkala itu perlu untuk kita mengoptimumkan potensi diri ke tahap keperibadian muttaqin bagi meraih tempat yang terbaik di akhirat. Bukankah cangkul juga digunakan untuk menyediakan liang lahad yang merupakan gerbang menuju keabadian di sana?

Hijau, antara warna kegemaran aku ini bolehlah dikatakan membawa maksud Ketenangan, Kepuasan, Kesyukuran dan Kemajuan. Tenang dan damai tatkala memerhati kehijauan alam sekeliling terbebas dari pencemaran. Puas tika melihat hasil tanaman para petani subur menghijau bagi menjamin sekuriti makanan. Syukur tak terhingga sekiranya “keHijauan” cara hidup ISLAM dapat diamal dan didaulahkan. Berpotensi maju andaikata bidang pertanian dapat dibangunkan secara  holistik dan berimpak tinggi sebagai salah satu penjana pertumbuhan ekonomi terpenting negara.

Puisi: Cangkul Pun Cangkul-lah

Cangkul pun cangkul-lah

Cangkulku tak pandai berhelah

Apatah lagi membawa dakyah

Terhadap tanah kesatuan ummah


Cangkul pun cangkul-lah

Cangkulku tak mudah mengalah

Untuk membenam masalah

Dalam berjuang demi maslahah

Cangkul pun cangkul lah

Cangkulku kini berjiwa islah

Teguh menggali rahsia sunnah

Bagi mencabut apa yang salah


Cangkul pun cangkul-lah

Cangkulku kalis rasa payah

Bagi menanam rasa mudah

Selagi iman terus ditarbiyah

Cangkul pun cangkul-lah

Cangkulku terus diasah

Menghijaukan kebun madrasah

Untuk kesuburan minda ummah


Cangkul pun cangkul-lah

Cangkulku tak akan lemah

Untuk mendepani segala mehnah

Cekal menyahut seruan al-falah

Cangkul pun cangkul-lah

Cangkulku hanya mampu berserah

Setelah usaha sudah diperah

Harap semuanya diredhai Allah

Dari Saudaramu;

Asyraf Razak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s